Kalo kamo Gangsta+Sopan+Comeeii+Cool.. Sila klik sini (^_*)

27 September 2012

Kenapa saya berblogging?

ASSALAMUALAIKUM

Tajuk kita hari ini ialah, kenapa saya berblogging?
Sebenarnya dari mula lagi nak buat entry nih.
Tapi tak terbuat-buat.
Jadi sementara tunggu masa nak lunch hour,
aku pun meluangkan sedikit masa untuk buat entry ini.
Tak payah entry panjang-panjang.
Seringkas yang boleh janji kau boleh paham sudah. Hehe


APA ITU BLOG??



Bagi akulah yang baru dekat-dekat setahun setengah berblogging nih dan yang tak berapa nak ramai followers. Seratus pun tak sampai ok! Feeling buat entry nih macam ramai pulak yang baca blog kerdil aku nih kan. Hehe. Ok, berbalik kepada persoalan tadi. Ini adalah jawapan aku.

Blog merupakan sejenis laman sosial dimana kau boleh share apa-apa yang kau suka dengan pembaca blog kau. Senang cerita dia macam diari seharian kau lah. Tapi macam aku sendiri bukanlah setiap hari aku buat entry dekat blog aku. Tengoklah bila ada masa terluang or ada apa-apa info yang aku rasa bestt nak share then aku akan buatlah entry pada ketika itu. Dan dimana bila tiba masa malas aku, maka berbulan-bulan lah aku tak update blog aku. Haha ;p


APA YANG ADA DALAM BLOG AKU??

Kebiasaannya kalau ada blog mestilah kena ada "Header Blog". Itu kira kau punya trade mark lah kan. Then mestilah kena ada/pilih "Blog Background" yang cecomel kan. Lepastu kena ada butang "Follower" supaya senang orang nak follow blog kau jika ada yang berminat nak follow. Lepastu dekat column belah kanan adanya ruangan yang comel-comel untuk kau letak jam ke, details pasal diri kau ke, gambar-gambar family ke, chat box untuk orang yang datang melawat blog kau tinggalkan jejak, link blog-blog retiss yang kau follow, traffic blog kau and so on yang kau rasakan perlu nak letak supaya blog kau kelihatan gebabom. Actually, ini diantara benda-benda yang aku letak dalam blog aku. Tapi kalau kau tengok blog aku nih simple-simple jew. Sebabnya aku nih tak pandai sangat. Mana yang aku tahu jew yang aku buat. Selebihnya telan air liur tengok mereka-mereka yang mempunyai blog yang cantik-cantik sambil gigit jari. Ek? Jeless betul aku. Hehe ;p


APA YANAKU TULIS DALAM BLOG AKU??

Hurm, pada awal aku berblogging, aku ingat nak jadikan blog nih sebagai tempat untuk aku meluahkan segala isi hati aku yang tersirat. Dimana cerita-cerita gembira mahupun duka lara yang aku tanggung dalam kehidupan seharian akan aku kongsikan disini. Pada awal kewujudan blog aku nih ada juga aku meluahkan perasaan kat sini. Macam isu-isu percintaan aku. Tapi lama kelamaan bila umur aku dah meningkat dewasa aku rasa tak semua benda aku boleh share dalam blog. Sebab tak semua orang yang membaca blog kita nih akan berfikiran terbuka seperti kita. Sebagai contoh, kalau kau kongsikan saat bahagia kau dengan boyfriend kau berkemungkinan besar kau akan dicop sebagai minah gedikss atau orang yang nak show off boyfriend dimata dunia. Atau mungkin bila kau buat entry pasal kau pergi jalan-jalan satu dunia then kau letak gambar-gambar berkemungkinan besar orang akan cakap kau nih nak tunjuk yang kau banyak duit boleh jalan keliling dunia. Atau mungkin bila kau tulis pasal isu-isu politik dan secara tak sengaja telah menyentuh hal-hal yang begitu sensitif, kang tak pasal-pasal kau kena tahan ISA pulak. Hihi

Macam aku sendiri, aku akan tapis setiap cerita yang aku nak sharekan. Mungkin sebelum nih aku agak show off pasal kegembiraan aku, pasal kesedihan aku. Tapi sekarang aku akan fikir dulu mana yang perlu aku publish dan yang mana tak. Dalam blog aku biasanya sekarang nih aku lebih suka sharekan benda-benda yang common sahaja. Sebagai contoh pasal diri aku ke, pasal tempat-tempat makan yang aku pergi, pasal makanan yang aku suka, pasal aktiviti-aktiviti yang aku buat, pasal study aku, pasal kawan-kawan aku, pasal family aku, ayat-ayat semangat untuk diri sendiri, perihal bisness aku dan apa-apa yang aku rasakan seronok & menarik nak share dengan pembaca blog aku :)


PENDAPAT AKU TENTANG BLOG??

Bagi aku, kau kena pandai menyesuaikan diri dengan blog. Kalau ikut kepala aku lantak kau lah kau nak tulis apa pun sebab blog kau kan. Orang nak kata apa lantak depa la kan? Blog aku, aku punya suka la kan? Haha. Janji kau pandai jaga diri & cara penulisan. Jangan khuatir jika ada stalker-stalker yang tak suka akan blog kau. Itu perkara yang sangat biasa terjadi jika kau memilih untuk menjadi seorang blogger. Hati kena kental, itu paling penting. Macam aku sendiri, walaupun tak ramai follower lagi. Still ada juga stalker-stalker yang tak suka dengan blog aku. Mungkin mereka sakit hati atau terasa hati dengan certain-certain entry aku atau mungkin mereka kurang selasa dengan cara penulisan aku. Aku mintak maaf la ye. Kalau kau sakit hati better kau jangan baca apa yang aku tulis. Kan lebih mudah ye tak? Hehe :)

Aku berblogging sekadar suka-suka. Untuk mengisi masa terluang dekat office. Al-maklumlah, kerja gomen nih banyak sangatt masa terluang. Kena pulak "Facebook" diblock time office hour. Lagi lah kau tak tahu nak buat apakan. Aku suka nak share ayat-ayat bestt yang aku jumpa. Kadang-kadang aku suka juga share gambar-gambar menarik yang aku ada. Orang kata semua itu kenangan. Kalau pasal hal kehidupan tak semua aku kongsikan dekat sini. Kalau ada yang terlepas tuh den tak boleh buat apalah. Kadang-kadang puas juga aku tahan diri. Tapi kalau sekali sekala takpa kowt kan. Nak jugak tuh kan. Haha ;p

Esok-esok kalau aku dah takda dalam dunia nih. Agak-agak kau rindu kat aku, kau jenguklah blog aku ye ;p


Aku nih manusia biasa, kadang-kadang tak perasan blog aku ini telah buat orang terguris, terguris. Mulut ini lancang juga berkata-kata. Perbuatan ini juga agak menjengkelkan kadang kala. 
Jadi maafkan segala kekhilafan aku ye.
 "Sharing is Loving" ;)


"Blogging requires passion & authority. Which leaves out most people"
(Ayat nih aku ciplak kat google)


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

26 September 2012

Finger! Finger Nailsss! :)


I HAVE FIVE FINGERS FOR A REASON:




My Pinky Finger

For my bestfriend and the promises i will never break.


My Ring Finger


For the special boy when the time is right.


My Middle Finger



For that "B*iTCHES who pushes me to far.


My Pointer Finger



To pick out my dearest family members.


My Thumb

To show the rest of the world i'm going to be okay.



Kiutttt kann? ;p

(Gambar Ihsan Dari Google)

Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

Open Order for "Yunia Diamond Roses" & "YuNia Flair Clara" :)

ASSALAMUALAIKUM

Disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Dengan ini admin secara officialnya membuka order untuk item-item berikut.



YuNia Diamond Roses

Available colour:
Kuning, Orange & Biru Turqoise

Price:
RM 179 + RM 6.00/RM 9.00 (Postage)

Extra Charge for:
BF Mom (RM15), Large Saiz XXL & above (RM20) & request colour (RM10)





YuNia Flair Clara

Available colour:
Meroon, Peach + Green Turqoise (Flair) & Baby Blue + Pink (Flair)

Price:
RM 179 + RM 6.00/RM 9.00 (Postage)

Extra Charge for:
BF Mom (RM15), Large Saiz XXL & above (RM20) & request colour (RM10)


For ordering: Plz contact 017-3321624



Thanx for your support.. (^_*)
Sopan itu anggun dengan YuNia collection  ♥♥


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

25 September 2012

WordLess Wednesday #11


Dato' Siti Nurhaliza:)



Ok, abaikan mukaa aku yang peliks tuh.
Time nih memang sangatt kelam kabut.
Sebab Dato' Siti dah nak balik dah lepas perform beberapa buah lagu raya.
Seyes, Dato' Siti sangatt gojesss & friendly oke!!
Tetibaa ter "admire", padahal sebelum nih tak minat sangatt pun.
Hik! ;p


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

24 September 2012

Terima Kasih Angin Melintang!


ASSALAMUALAIKUM




Lihatlah kepada layang-layang yang terbang jauh di udara. Siapa sangka kertas senipis itu boleh terbang setinggi itu. Malah, hanya dipandu dengan tali yang halus. Sangat halus. Layang-layang yang terbang gah di udara tadi mungkin akan terjunam apabila talinya putus. Keegoannya yang tinggi di udara akan secara tiba-tiba tergugat hanya kerana talinya tidak mampu mengawalnya lagi. 
Putus kerana sifatnya yang halus.

Apakah peranan angin dalam misi penerbangan tersebut? Ya, layang-layang tersebut terbang kerana angin yang menentang arus memberi tekanan yang hebat. Makin lama, semakin tinggi menerjah udara. Hebat bagaikan tiada tandingan. Asalnya lemah tetapi kuat setelah menghadapi rintangan angin yang sangat kuat. 

Makin kuat angin yang menentangnya, makin tinggi naik layang-layang itu ke udara. Justeru, angin yang menentanglah sumber kekuatannya. Sama ada kita sedar atau tidak, hidup kita ini melalui pelbagai proses.
Gagal dan berjaya itu suatu proses kematangan. 

Adakala kita ini dipuji dan adakalanya kita dikritik.

Adakalanya kita dikritik hebat oleh rakan-rakan dan majikan.

“Saya tidak yakin dengan kemampuan kamu”.
 “Tugasan kamu tidak dilakukan dengan sempurna”.
 “ Kamu tidak dapat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya”.

Jadi, apa pilihan yang ada pada kita. Melenting? Pasti pada mulanya kita berasa terhina dan marah kerana sindiran tersebut. Tetapi sedarkah kita bahawa sindiran dan kritikan tersebut sebenarnya telah membongkar kelemahan dan kekurangan kita. Kekurangan itulah harus dibaiki. Lantas, apabila kekurangan dan kelemahan itu dibaiki kita bakal menjadi seorang yang hebat.

Maka, kita harus mengucapkan terima kasih kepada orang yang mengkritik . Sama seperti kes layang-layang yang terbang kerana angin yang merintangi usahanya naik ke puncak. Layang-layang tersebut harus berterima kasih kepada angin yang menentangnya. Jika tiada angin yang menentang mana mungkin ia boleh berjaya menghasilkan  tekanan untuk naik ke atas.


 Tip terima kasih:

1. Ucapkan terima kasih kepada rakan atau majikan  yang mengkritik diri anda.

2. Analisa kelemahan diri melalui kritikan mereka dan bina semangat baru.

3.Perbaiki kesilapan lalu dan cuba lakukan penambahbaikan.

4.Berlapang dada dengan semua orang.

5. Jadilah pendengar yang setia.

6. Sudi untuk mendengar kritikan orang.


“Berterima kasihlah kepada angin yang menentang, 
kerana tanpanya layang-layang takkan naik ke udara”

“Berterima kasihlah kepada pengkritik, 
kerana tanpanya kita mungkin akan terus sombong dan tidak 
menyedari apakah kekurangan dan kesilapan diri”.



Credit to:
Mutiara Kata & Artikel Minggu ini (25 - 28 September 2012)
“Cyber Psychology” Portal Internet KeTTHA.


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

23 September 2012

Ada Apa Dengan Nama??

ASSALAMUALAIKUM


Hye! Hello! :)
Sebelum keluar lunch, terasa nak menconteng disini dulu.
Sebenarnya topik yang nak aku diskusi kan nih tetiba jew muncul
dalam kotak fikiran aku nih. Hehe.

Hurm, tak tahu laa bagi korang ia menarik atau tidak.
Tapi aku just nak share dengan korang pasal "NAMA" aku :)




Nama aku,
 "SANIYAH"

Nama ayah aku,
"ABDUL MUNIR"

Bila digabungkan jadilah,
"SANIYAH ABDUL MUNIR"

Atau singkatannya ialah
"S.A.M"

Ek? Nak jugak sama dengan
"Shaheizy SAM"
Haha.

Simple jew nama aku kan?
Dulu masa kecik-kecik aku tak suka dengan nama aku.
Sebab bagi aku, walaupun nama aku sepatah jew,
 orang still jugak akan salah eja atau salah sebut.
Cikgu-cikgu kat sekolah kalau eja nama aku mesti tertinggal huruf "Y".

Yang sering menjadi tanda tanya dekat diri sendiri ialah:

Kenapa nama aku nih pelik sangat?
Kenapa susah nak jumpa orang yang nama sama macam aku?
Kenapa nama "SANIYAH" nih macam nama makcik-makcik?
Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Ingat lagi masa aku study dekat Poli Sabak Bernam.
Ustaz aku tanya:
Apa maksud "SANIYAH"?

Aku pun jawab:
"SANIYAH" tuh maksud dalam bahasa arab nombor "2" ustaz.

Ustaz pun tanya lagi:
Apa yang "2"? Bahaya nih.
(Maka ketawalah aku & kawan-kawan aku dalam kelas pada ketika itu)
Ekekeke



Barulah aku perasan, yang selama ini aku suka sangat dengan No.2
dan secara tak langsung ia berkait rapat dengan maksud nama aku :)


Macam mana aku boleh dapat nama "SANIYAH"?
Aku tanya mak aku.
Mak aku cakap nama aku nih nenek belah ayah aku yang bagi.
Masa baby dulu aku duduk dekat kampung ayah aku. Dekat "Lubuk Cina".
Sebab tuh aku dapat nama pun ala-ala "old skol" sikit.
Cuba kalau masa tuh aku terus duduk rumah nenek belah mak aku dekat "KL".
Mesti nama aku pun moden sikit kowt. Hehe.

Aku pernah terfikir nak pergi tukar nama lain dekat JPN.
Tapi sekarang, bila umur pun dah meningkat.
Aku rasa nama glamour mana pun belum tentu menjamin masa depan yang cerah.
Asalkan ia ada makna yang baik, itu sudah memadai.
Ecehhhhhhh!!! ;p


Aku lah "SANIYAH", nama yang sesimple orangnya.
(^_^)


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

19 September 2012

W.A.T.A.N.i.A.H :)

ASSALAMUALAIKUM


Aku excited sebab adik lelaki aku (AFIQ) dapat pergi PLKN.
Dulu lepas sekolah aku teringin sangat nak pergi.
Tapi malangnya nama aku tak terpilih pun.
Sedey betul. Budak-budak yang tak nak pergi dapat pulak.
Pelik betul aku.

Tadi aku tengok-tengok gambar lama.
Then aku terjumpa gambar-gambar ini.
















Hah, itulah aku.
Sekitar tahun 2007.
Percaya atau tidak bukti dah ada depan mata.
Hehe.

Antara kenangan yang tak dapat aku lupakan jugak.
Memang memenatkan.
Mencabar fizikal & minda.
Tambah-tambah keadaan fizikal aku yang kecik nih.
Nak kena kendong beg askar lagi bila masuk hutan.
Nak kena bawak M16 lagi. Beratlah jugak.
Kasut besar. Boot besar.
Baju besar. Uniform besar.
Dah macam sarung guni bila aku pakai. Haha.

Berpanas, berhujan, bernyamuk.
Kenangan betul. Kalau dapat peluang memang nak join lagi.
Tapi sekarang nih, masa sangat full.
Tak salah nak mencuba.
Aktiviti sihat daripada melepak tak tentu halakan :)



Masa nih, pakai cani dah rasa cunn sangatttt. Haha.
Sebulan jew aku duduk dalam tuh tapi muka aku dah burn cani ;p


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

12 September 2012

Missing Her :(

ASSALAMUALAIKUM

Benar bagai dikata,
"Bilaa kita dah hilang sesuatu, baru kita tahu erti nak menghargai"

Bukan hanya untuk sesama insan,
tetapi sesuai digunakan untuk kebendaan juga.

Sumpah!!
Aku rinduu dekat Galaxy SII aku tuh.
Susah betul aku sekarang.
Aku dah susah nak ber "facebook".
Susah nak amik-amik gambar.
Susah nak edit-edit gambar,
 sebab dalam tuh macam-macam software aku dah download.
Aku terpaksa lupakan kegilaan aku terhadap "instagram".
Terpaksa juga lupakan untuk ber "Whats app".
And the worst part ialah,
abis semua contact number yang ada dalam tuh hilang!!
Abis gambar-gambar kenangan semua hilang!!
Arghhhh, stress betul!!

Tula, dulu aku tak pandai nak menghargai.
Jatuh sana, jatuh sini.
Macam barang mainan jew pulak an.
Tapi bukan aku sengaja pun. Huhu.

Now, dia dah hang.
Tak boleh nak on langsung :(

Rindunyee nak pakai casing
"Lilo & Stitch" kaler pink nih :(

Serius, SII memang terbaek bila kau pandai nak menggunakannya.
Jangan jadi cam aku, dah berbulan guna baru
terhegeh-hegeh nak explore sana sini cane nak guna SII nih.
Oh! Sungguh menyesal :(




Oh! inilah dia yang aku rindukan sangatt tuh!
Cecepat laa sembuh yer baby :(


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

WordLess Wednesday #10


Beep's In My Heart's:)




My HULK, i LOVE him deep-deep in my HEART :)



Disebalik topeng-topeng itu, 
tersembunyi wajah-wajah kesayangan hamba. 
LOVE u both till JANNAH :)


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

10 September 2012

Salam Aidilfitri Walfaizin 2012


ASSALAMUALAIKUM


Di kesempatan ini, masih tidak terlewat kiranya 
saya ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
buat semua teman-teman yang mengenali diri ini.





Sekian, ucapan ringkas seringkas ringkasnya daripada saya :)


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...