Kalo kamo Gangsta+Sopan+Comeeii+Cool.. Sila klik sini (^_*)

02 October 2012

U.L.T.R.A.S.S.S.S.S ! !

ASSALAMUALAIKUM


Sehati..... Sejiwa..... Lalalalala ;p

Sejak dua menjak nih, kalau aku turun tengok bola kat Stadium Paroi confirm aku join bebudak ULTRAS Nogori. Ini adalah kerana salah seorang geng "Craziey Family" aku merupakan ahli ULTRAS NOGORI yang berdaftar. Oleh yang demikian, aku pun terjebaklah sekali tapi belum jadi ahli ULTRAS lagi. Ekekeke.

Untuk pengetahuan kau, aku nih memang minat tengok bola. Dari zaman sekolah rendah lagi. So, janganlah kau pelik perempuan ala-ala gadis melayu terakhir macam aku nih sesat dekat dalam stadium itu. Haha. Sekarang pun memang dah ramai perempuan yang berfikiran terbuka tentang bola. Jadi jantina bukan penghalang untuk kita ke stadium. Cehhh ;p

Kalau cerita bab bola nih kan, aku takda la ariff sangat. Aku suka tengok bola, tapi kalau kau tanya aku siapa pemain bola tuh, siapa pengurus pasukan ke, siapa jurulatih ke tak semua aku boleh jawab. Sebabnya, aku tak amik kisah semua tuh. Aku pergi stadium nak tengok game bukan nak tilik sorang-sorang player dia.  Tapi mana-mana player yang femess aku kenal la jugak. Hehe

Kalau bola, dah tentu aku peminat setia NEGERI SEMBILAN. Kau mesti pelik kan? Aku tinggal dekat Selangor, lahir pulak dekat Melaka. Tapi apa sebab aku sokong Nogori? Hah, inilah yang aku nak cerita. Sebab aku tahu kau tak tahu apa yang aku nak bagi tahu nih. Haha

Percaya atau tidak? Aku merupakan salah seorang atlet Nogori. Walaupun sukan yang aku ceburi ni tak sehebat bola mahupun sukan olahraga atau bola jaring tapi aku berterima kasih sangat-sangat sebab bakat aku yang tak seberapa nih diberi kepercayaan untuk mewakili Nogori. Aku cuma atlet Nogori dalam SUKMA jew. Sukan apakah yang aku wakili? Nanti next entry aku cerita okies :)

So, malam nih Suku Akhir Ke-dua Nogori menentang ATM. InsyALLAH takda apa aku sampai la stadium malam nih setelah mendapat pelepasan dari body guard aku masa dekat stadium nanti. Hehe. Mesti stadium penuh sangat sebab aku pun tak sabar nak tengok Aidil dengan Zakuan menentang team Negeri diorang sendiri. Bagaimanakah?? Tunggu dan lihat saje. 

Yang penting malam nih nak dengar bebudak Ultrass menyanyi nyanyi dengan semangat sekali! Menang atau kalah itu tak penting. Janji ada semangat kesukanan! Ole! ;p


Ini gambar paling latest aku ke stadium dengan kawan baik aku merangkap 
salah seorang ahli "Craziey Family" aku :)


Pesanan buat player: GudLuck!
Pesanan buat Ultrass: Nyanyi semangat-semangat & sedap-sedap!
Pesanan buat penonton di stadium: Jangan main baling-baling botol ok!
Pesanan buat refree: Jangan makan rasuah! ;p


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...