Kalo kamo Gangsta+Sopan+Comeeii+Cool.. Sila klik sini (^_*)

25 December 2012

Peluang Terakhir..

ASSALAMUALAIKUM

Ya ALLAH,
Pagi ini hati aku begitu tersentuh.
Aku sendiri tak tahu apa yang aku dah buat.
Apa yang aku sedar, dia terlalu sayangkan aku.

Terlalu banyak peluang dia bagi kat aku.
Selama nih aku ingat bukan aku kat hati dia.
Tapi dengan apa yang dah jadi sekarang,
aku nampak dengan jelas semuanya.

Sekarang, semuanya dah terlewat untuk aku.
Apa yang aku mampu buat hanya terus berdoa kepada yang maha esa.
Semoga hati ini lebih tabah untuk menempuhi hari-hari yang mendatang.
Semoga aku diberi peluang untuk terus menyayangi dia.
Semoga aku diberi peluang untuk terus berada disisi dia.
Susah & senang bersama-sama dengan dia.
Walaupun satu hari nanti jika takdir yang tertulis menyatakan
aku bukan yang terbaikk buat dirinyaa.
Sekurang-kurangnya aku nak tebus salah aku kat dia.
Itu yang aku nak buat sangat sekarang nih.

Yup, bila dah jadi mcm nih.
Macam-macam tomahan, cacian yang aku dapat.
Kawan pon boleh jadi lawan.
Ada yang sanggup untuk jadi bahan tambahan,
menyemarakkan lagi api yang memang tengah marak.
Itulah hakikat kehidupan.
Kawan senang memang ramai, tapi bila aku buat silap ini yang aku dapat.
Tapi takpe, aku anggap itu semua satu cabaran.
Disebalik mereka yang negatif terhadap aku,
tetap ade yang positif, menyokong & mendoakan yang baik-baik untuk kami.
Terima kasih sangat-sangat.

Mulut orang aku tak boleh nak tutup.
Esok-esok penat, diam lah dia.
Diorang tak rasa apa yang aku rasa.
Diorang tak duduk kat tempat yang aku duduk sekarang.
So, diorang boleh kata apa yang diorang nak.
Teruskan lah dan terima kasih banyak-banyak.
Sebab dengan kehadiran orang macam diorang buat aku jadi kuat.

Aku mohon peluang terakhir.
Peluang yang betul-betul terakhir.
Untuk aku buktikan yang aku tak macam yang kau sangkakan.
Yang aku tak seteruk yang kau fikirkan.
Aku nak berubah, nak perbaiki kesilapan yang aku dah lakukan.
Nak berubah kepada yang lebih baik.
Mungkin susah kau nak percaya, tapi DIA yang tahu segala-galanya.
DIA yang tahu apa yang ada dalam hati ini.
Bukannya orang-orang sekeliling kita.
Diorang hanya pandai bercakap & menghukum orang.
Aku akan buktikan.
InsyALLAH dengan izin dari-NYA.
Amin.
Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.
Yakin, apa yang sedang berlaku ada hikmah yang sangat
cantikk dah tersusun buat kita.




Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...