Kalo kamo Gangsta+Sopan+Comeeii+Cool.. Sila klik sini (^_*)

04 March 2015

My Wedding Outfit by @emoniaon9shope :)

ASSALAMUALAIKUM


Hari ni nak share pasal wedding outfit kitaa tempoh hari. Memandangkan kitaa ni anak kepada seorang taylor, makanyaa bebaju kahwin semua memang mak dah cop awal awal dia nak sponsor untuk tayloring. Oh, alhamdulilah. Memang banyak sangat sangat jimat dekat wedding outfit ni. Kitaa just beli kain, lace, songket, net dan lain lain yang berkaitan. Secara kasarnyaa perbelanjaan keseluruhan tak sampai 2k pun tapi kitaa dapat tiga (3) persalinan baju pengantin lelaki dan perempuan. Yang lagi bestt baju tu jadi hak milik kitaa sepenuhnyaa! Walaupun dah tak muat nak pakai bebaju tu semua tapi boleh laa jadi pengubat rinduu bebilaa rinduu moment moment masa wedding, buka alamari baju belek belek balik bebaju tu semuakan. Juga boleh tunjuk dekat anak, cucu cicit tujuh keturunan akan datang, kalau panjang umur. Muahaha :)


BAJU NIKAH

Untuk baju nikah, kitaa memang dah plan awal awal nak guna prada lace sebab masa tu nama prada lace baru nak up! Hehe. Kitaa beli online je. Beli dua (2) meter dah cukup untuk baju & veil. Pilihan warna pula, dah set dekat mind nak buat color pastel. So jadilah ia gabungan warna beige (prada lace), soft pink (kain baju melayu & lining baju kitaa) & pink belacan (kain chiffon & shawl).



Inilah hasilnya. Alhamdulilah masa ni dah sah jadi suami isteri. Oleh kerana rombongan lelaki datang dari Seremban. Suami kitaa boleh tertinggal kain sampin dia dekat rumah. Masa tu kitaa tengah dok makeup lagi dekat rumah. Memang kelam kabut dibuatnyaa. Nasib baiklah kain sampin yang suami akan pakai belah malam ada dekat kitaa. Kebetulan warna kain sampin tu sedondon pulak dengan bunga tangan kitaa yang color merah hati gitu. Hentam sajalah labu. Dari takda an. Hehe




Close-up Prada Lace Net Veil kitaa. Veil ni kitaa buat sendiri. Nak jahit baju kitaa tak pandai lagi. Jahit veil & jahit manik je kitaa boleh. Nak jahit manik dekat veil ni pun ada seribu satu cerita disebaliknya. Oh, kenangan sungguh! 




Close-up sikit baju nikah kami :)
Ni masa outdoor photoshoot dekat Taman Layang-layang, Kepong.




Ok. Yang ni nampak lebih jelaskan. Baju nikah memang kitaa nak buat dress. Memang nak macam gini laa. Konon konon nak nampak ala ala princess gitu tapi taknak kembang kembang sangatt. Hehe.



BAJU MAJLIS DOA SELAMAT

Untuk baju Majlis Doa Selamat pada sebelah malamnya. Kitaa buat baju kurung moden kain kembang kembang kuncup. Muahaha. Kain tu taknak kembang sangat taknak kuncup sangat. Hehe. Material dari kain sari. Pilihan warna pulak kombinasi merah hati (kain sari & tudung bawal) & gold (kain baju melayu dan lining baju kitaa). Untuk baju belah malam ni memang simple je takda manik takda apa sebab kain sari tuh dah mengerlip gerlip. 



Suami slumber pakai selipar je. Mentang mentang majlis dekat luar rumah je. Hehe. Untuk baju ni memang kitaa takda buat veil yang sedondon sebab memang ingat tak nak pakai veil. Tapi kengkawan yang sampai awal masa kitaa tengah dok bersiap kata pakai veil masa nikah tu balik pun takpa. Kebetulan pulak veil tu sesuai dan kena sangat dengan baju kitaa. So, kitaa pun pakai jelaa. Diorang kata pakai veil nampak sikit kitaa tu pengantin. Hehe.



Malam tu majlis habis pun dekat 12.30 tengah malam. Jadinyaa memang kitaa & suami dah decide tak payah outdoor photoshoot. Sebab memasing dah kepenatan. Kesian dekat kawan kawan rapat yang ada dari pagi sampai ke tengah malam. Kesian jugak dekat photographer kitaa. Nasiblaa diorang semua sempoi & sporting gilaa!



Malam tu kitaa takda amik gambar posing posing berdua dengan suami pun. Jadinyaa kitaa letak gambar ni laa untuk close-up baju kitaa tu ek.



BAJU RESEPSI

Untuk baju resepsi pulak kitaa nak sangat guna material songket. Lepastu kitaa nak design ala ala saloma gitu. So, terhasil lah peplum moden kombinasi songket & lace. Pilihan warna untuk tema resepsi pulak suami yang pilih warna emerald green & kitaa pilih nak dikombinasikan dengan warna gold & hijau pucuk pisang sikit. Pada mulanyaa memang dah plan tanjak suami & kain sampin dia tu pakai songket yang sama dengan songket kitaa tapi last minit terpaksa pakai songket lain. Frustt betul masa tu, tapi malas nak fikir banyak asalkan majlis berjalan lancar sudah. Itu yang menjadi keutamaan pada ketika itu.



Simple je baju kitaa & kalau perasan baju suami pulak semuanyaa baju melayu je kan? Tahu sebab apa? Sebab nanti kami boleh pakai balik. Memang pakai balik laa pun masa raya tahun lepas. Hehe. Baju melayu tu semua suami muat lagi, tapi baju kitaa semua dah tak muat! Hahaha.



Close-up net veil yang kitaa buat sendiri sekali dengan beading dia semua. Dekat baju kitaa tak jahit manik pun sebab taknak nampak crowded sangat. Tak suka beading yang heavy heavy sangat. Yang dekat veil tu pun dah terasa berat. Hehe



Candid! Yang ni lagi nampak jelaskan veil kitaa tu :)




Close-up baju kami. Suami tanya kenapa warna emerald green ni tak sama macam warna baju Scha & Awal? Amboi, kemain dia. Nak sama memang tak dapat laa kan! Kitaa lagi suka emerald green tone yang macam ni. Tak gelap sangat, tak terang sangat. Hehe.



Outdoor photoshoot dekat taman area Seremban. Niat hati nak shoot dekat Port Dickson. Nak berlari berkejaran di tepi pantai sambil tengok sunset. Tapi tidak kesampaian sebab kitorang lambat sangat, dah lewat petang.



MARRIAGE DOES NOT GUARANTEE YOU WILL BE TOGETHER FOREVER,
IT'S ONLY PAPER, IT'S TAKES LOVE, RESPECT, TRUST, UNDERSTANDING, FRIENDSHIP AND FAITH IN YOUR RELATIONSHIP TO MAKE IT LAST.


Photo by: @marvelous_photoss
Bride & Groom Outfit by: @emoniaon9shope

Untuk sebarang pertanyaan mengenai tempahan baju di sekitar Kuala Lumpur & for fast respond boleh whatsApp 018-3981200. Thank you!


Nanti ada masa kitaa buat entri pasal wedding kitaa lagi ek :)
Ok bai!


Regards: Puan SaniyahAliandra :)

1 comment:

  1. salam.. saniyah, kenal lg tak dgn akak? kak aishah stdy kt smk sg pusu dulu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...