Kalo kamo Gangsta+Sopan+Comeeii+Cool.. Sila klik sini (^_*)

Showing posts with label .Kisah Dongeng.. Show all posts
Showing posts with label .Kisah Dongeng.. Show all posts

13 February 2014

SAYA DAH TUNANG! ;P (Part II - Hantaran)

ASSALAMUALAIKUM


Inilah hasilnya bila semua telah di "combine" kan :)
Dekat bawah nanti ada gambar satu persatu yer :)


Selamat pagi kawan-kawan :) Pagi-pagi ni curi masa sikit nak sambung cerita semalam. Ok, untuk yang Part II ni aku nak cerita pasal barang-barang hantaran yang aku bagi dekat Encik Tunang & yang aku dapat daripada beliau. Pada mulanya aku plan nak bagi 5 dulang berbalas 3 dulang. Kononnya nak bagi barang-barang wajib sahaja. Tapi bila kira-kira balik macam barang yang nak bagi terlebih daripada dulang yang dirancang. Jadinya aku tukar nak bagi 7 dulang berbalas 5 dulang setelah mendapat persetujuan daripada bakal mak mertua. Nama pun majlis pertunangan, jadinya aku banyak bagi barang-barang berunsurkan makanan sahaja. Sebab itu lebih mudah dan simple. 

FYI, semua hantaran yang aku bagi dekat Encik Tunang aku buat sendiri je. Kononnya nak jimat banyak tapi kesudahannya bila kira kos barang-barang perhiasan termasuk bakul-bakul semua lebih kurang sama je. Apa yang seronok bila buat sendiri ni ialah kepuasan. Walaupun tak setanding dengan rupa paras yang jual ready made tapi aku tetap rasa seronok. Sebab ini memang dah lama aku idam-idamkan untuk buat hantaran sendiri. Akhirnya telah menjadi kenyataan. Eceh! Suka bebenor! Hihihi ;p

Hokey, tak nak cita panjang lebar. Jom tengok hasil air tangan aku :)


HANTARAN AKU BUAT ENCIK TUNANG


1) Sirih Junjung : WAJIB
Ini hantaran paling last aku buat tengah-tengah pagi buta sebelum majlis.
Out of idea. Ini sahaja yang mampu aku ciptakan :)


2) Campuran pelbagai buah-buahan
Buah-buahan memang menjadi kebiasaan untuk orang jadikan hantaran.
Buah-buah pilihan adalah epal (merah & hijau), anggur, plum,
oren, delima & pear :)


3) Campuran coklat & manisan
Coklat Beryl's menjadi pilihan hati aku. Aku pergi beli direct dekat kilang dia.
Kilang dia kat area Serdang je. Dekat dengan office aku. Coklat dia pun sedap!


4) Kek: WAJIB
Kek ni aku beli online je dekat FB "Cake & Cuppies Heaven"
Aku suka design dia yang simple walaupun tak ikut 100% seperti yang aku nak.
Apa pun aku berpuas hati lihat hasilnya bila kek ni sampai dekat aku.
Kakak ni duduk dekat Seremban, jadi aku mintak tolong bff aku ambilkan.
Sebab malam sebelum majlis bff aku ni tidur rumah menemani aku :)


5) Pulut Kuning
Masa ni tak letak lagi pulut kuningnya. Pulut kuning masak pagi pada hari majlis.
Sebab panas lagi takut berwap bila letak dalam box ni.
Gambar yang combine kat atas tu korang boleh nampak ada pulut kuning :)


6) Sejadah
Aku pilih warna meroon sebab itu warna favourite Encik Tunang.
Sejadah ni aku beli dekat Carefour Wangsa Maju je :)


7) Kain Pelekat
Yang ni aku beli dekat Langkawi masa outstation hari tu.
Sebenarnya nak bagi Encik Tunang sebagai buah tangan tapi sebab tak bagi-bagi
aku terus jadikan ia sebagai salah satu hantaran buat beliau :)


Setel 7 dulang hantaran dari aku buat Encik Tunang. Tema warna hantaran ialah putih, silver, soft pink & soft cream. Barang-barang hantaran pun simple-simple je. Nak yang best-best tunggu masa kahwin nanti ye. Jom tengok hantaran yang aku dapat pulak :)



HANTARAN ENCIK TUNANG BUAT AKU


Aku letak gambar keseluruhan je ek. Ni pun je yang ada.
Gambar satu per satu macam tak smart. Hehe

1) Sirih Junjung / Tepak Sirih

2) Sebentuk Cincin Belah Rotan (Risik) & Sebentuk Cincin Batu (Tunang)

3) Buah-buahan

4) Kek

5) Telekung

6) Sejadah

7) Tuala

Hantaran aku dapat terlebih 2 dulang. Benda ni perkara biasa yang akan berlaku. Hehe, Tapi aku punya bagi dekat Encik Tunang ngam-ngam je. Nampak sangat aku ni nak cut cos kan. Ghasak lah. Setel ni pun dah bersyukur sangat-sangat. Tapikan aku banyak dapat barang daripada makanan kan. Untung sungguh ;p

Ok awak-awak, maaf sangat lambat publish sebab entri ni aku dah draft sehari selepas cerita SAYA DAH TUNANG! ;p (PART 1). Korang kira sendiri laa berapa bulan dah delay. Hahahaha. Teruk sungguh!


Ok! Bye!


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!


HIK! ;)
BABAI!!

11 September 2013

SAYA DAH TUNANG! ;P (Part I - Persiapan & Make-up)

ASSALAMUALAIKUM


I love this picture! Thank you so much Encik cameraman yang gilos! 
Flower hand gubahan sendiri. Ngee


Tajuk sangat straight to the point ok! Bhahahaha. For sure kalau teman-teman rapat yang  membacanya dan yang dah tahu, ayat pertama yang keluar dari mulut diorang adalah : "Finally!" . Bhahahaha

Alhamdulilah. Dengan izin yang Maha Esa. Dengan izin ALLAH s.w.t aku selamat menjadi tunangan kepada teman bergaduh bagai nak rak iaitu Encik Ridwan Aliandra Bin Syamsir pada 1 May 2013 yang lalu. Tarikh asal aku pilih sepatutnya pada 27 April 2013 tapi macam tak sempat. Kebetulan 1 May tu cuti hari pekerja, terus aku lock date tu atas persetujuan kedua belah family juga.   :)

Semuanya plan kedua ibu kami. Kalau ikut kitorang memang belum masa lagi nak tunang-tunang ni. Tapi atas berkat & restu kedua ibu di tambah dengan ibu angkat kepada Encik Tunang, akhirnya doa mereka dimakbulkan. Alhamdulilah. Syukran Ya ALLAH :)

Plan majlis bertunang ni dalam masa sebulan jew. Mak aku yang paling kalut. Sebab baju tunang & veil aku semua adalah design mak aku sendiri. Aku pulak tinggal lebih kurang 3 minggu lagi nak tunang baru pergi beli kain dekat Jakel, Jalan TAR. Tunggu sale punya pasal! Nak jimat lah katakan. Bhahaha. Tema warna baju pulak pada awalnya memang dah decide warna kuning + coklat. Tapi bila dah sampai jakel cari-cari kain warna kuning takda yang berkenan. Terus aku tukar tema warna lain. Antara warna favourite jugak. Hehehe.

Persediaan untuk tunang sangat-sangat sederhana. Al-maklum lah semuanya last minit orang cakap. So, mana sempat jewlaa kan. Jemputan pun hanya family rapat kedua-dua belah pihak & kenalan-kenalan rapat yang sempat menghadirkan diri. Minta maaf banyak-banyak mana kenalan rapat yang aku terlepas pandang terlupa nak jemput. Lepas majlis baru dapat detect member-member yang tertinggal. Maaf yer korang. Majlis aku nanti pasti aku jemput. Hehe

Makanan pada hari tu pulak di masak secara rewang-rewangan oleh jiran-jiran, nenek-nenek saudara, makcik saudara & emak aku sendiri. Persiapan hantaran untuk pihak lelaki disediakan oleh aku sendiri. Pelamin pada awalnya memang takda. Tapi last minit buat jugak ala-ala pelamin atas katil berhias. Pon aku buat sendiri. Oleh yang demikian, terlalu banyak lah cacat celanya. 
Engagement planner tak bertauliah gitu laa. Hehe. Ghasaklah. Masa tu fikir nak cepat setel jew. Huhu.

Pejam celik, pejam celik dah tiba dah hari kejadian. Kalut semacam wey. Haha. Masa tu tak rasa nervous lagi. Bersiap macam biasa jew. Macam nak pergi keluar dating. Sebab tak rasa macam majlis tunang aku. Macam tak percaya. So, layan perasaan jewlaa. Kikiki. Make-up pada hari itu oleh Abang Bo, jiran rumah mak aku. Alhamdulilah. Semuanya berjalan lancar. Rasanya cukup setakat ni dulu. Dah lebih 4.30 petang da nih. Masa untuk aku balik. Esok aku sambung lagi kalau sempat yer. Kat bawah ada beberapa keping gambar buat santapan korang :)


Touch-up :)


Masa ni dah siap make-up da. Tapi Encik Cameraman suruh belakon. 
Mak relakan jew nok ;p


Gambar ni paling aku suka. Muka nak seriuss jew! Bhahaha. 
Pandaikan aku berlakon ;p


Inilah dia backdrop kepada katil berhias aku. Aku akui aku dah tak sekretip dulu. Buat benda mcam ni pun terkial-kial. Otak dah beku. Idea lambat sangat nak mai. Kikiki. Aku suka frame LOVE tu. Sebahagian gambar kenangan aku bercinta dengan Encik Tunang. Sentimental value sangat ok! Hehe ;p


Nanti aku sambung Part II ek. Nak cerita pasal barang-barang hantaran aku yang tak seberapa tu pulak. Hehehe :)


Ok! Bye!


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

25 December 2012

Butterfly~

ASSALAMUALAIKUM



Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
That previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biarku berlebihan
Mendekati mu
Namun ku tunggu


Seyess, lagu nih sangat touching. Hurm :(



Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

Peluang Terakhir..

ASSALAMUALAIKUM

Ya ALLAH,
Pagi ini hati aku begitu tersentuh.
Aku sendiri tak tahu apa yang aku dah buat.
Apa yang aku sedar, dia terlalu sayangkan aku.

Terlalu banyak peluang dia bagi kat aku.
Selama nih aku ingat bukan aku kat hati dia.
Tapi dengan apa yang dah jadi sekarang,
aku nampak dengan jelas semuanya.

Sekarang, semuanya dah terlewat untuk aku.
Apa yang aku mampu buat hanya terus berdoa kepada yang maha esa.
Semoga hati ini lebih tabah untuk menempuhi hari-hari yang mendatang.
Semoga aku diberi peluang untuk terus menyayangi dia.
Semoga aku diberi peluang untuk terus berada disisi dia.
Susah & senang bersama-sama dengan dia.
Walaupun satu hari nanti jika takdir yang tertulis menyatakan
aku bukan yang terbaikk buat dirinyaa.
Sekurang-kurangnya aku nak tebus salah aku kat dia.
Itu yang aku nak buat sangat sekarang nih.

Yup, bila dah jadi mcm nih.
Macam-macam tomahan, cacian yang aku dapat.
Kawan pon boleh jadi lawan.
Ada yang sanggup untuk jadi bahan tambahan,
menyemarakkan lagi api yang memang tengah marak.
Itulah hakikat kehidupan.
Kawan senang memang ramai, tapi bila aku buat silap ini yang aku dapat.
Tapi takpe, aku anggap itu semua satu cabaran.
Disebalik mereka yang negatif terhadap aku,
tetap ade yang positif, menyokong & mendoakan yang baik-baik untuk kami.
Terima kasih sangat-sangat.

Mulut orang aku tak boleh nak tutup.
Esok-esok penat, diam lah dia.
Diorang tak rasa apa yang aku rasa.
Diorang tak duduk kat tempat yang aku duduk sekarang.
So, diorang boleh kata apa yang diorang nak.
Teruskan lah dan terima kasih banyak-banyak.
Sebab dengan kehadiran orang macam diorang buat aku jadi kuat.

Aku mohon peluang terakhir.
Peluang yang betul-betul terakhir.
Untuk aku buktikan yang aku tak macam yang kau sangkakan.
Yang aku tak seteruk yang kau fikirkan.
Aku nak berubah, nak perbaiki kesilapan yang aku dah lakukan.
Nak berubah kepada yang lebih baik.
Mungkin susah kau nak percaya, tapi DIA yang tahu segala-galanya.
DIA yang tahu apa yang ada dalam hati ini.
Bukannya orang-orang sekeliling kita.
Diorang hanya pandai bercakap & menghukum orang.
Aku akan buktikan.
InsyALLAH dengan izin dari-NYA.
Amin.
Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.
Yakin, apa yang sedang berlaku ada hikmah yang sangat
cantikk dah tersusun buat kita.




Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

23 December 2012

Semua Tentang Kita..

ASSALAMUALAIKUM

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi dihati

Ada cerita tentang aku & dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat di saat kita tertawa bersama
Cerita semua tentang kita


Ada cerita tentang aku & dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa


By: Peterpan





Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

15 November 2012

A Wonderfull Date 101112 :)

ASSALAMUALAIKUM



Happy Belated Birthday Aliandra Ku!
25th Belated Birthday!
(Untuk entry ini jew yg dah terlewat, actual date mmg aku da wish ok!)
Alhamdulilah membesar dengan begitu sihat ;p
Dan tahun ini jatuh pada tarikh yg sangat-sangat cantikk 101112 :) 

Mendoakan yg terbaik untuk kehidupan anda.
Semoga segalanyaa dipermudahkan hendaknyaa.
Semoga apa yang diimpikan tercapai.
Amin. Amin Ya Rabbal Alamin :)

P/s: Pada tarikh ini juga menunjukkan satu daripada azam
aku tahun ini tidak terlaksana :(
Mungkin masa itu belum tiba lagi untuk aku.
Dan aku akan terus sabar menanti :)


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

19 April 2012

16 April 2012

Surat Layang Sy Buat En. Abie :)


ASSALAMUALAIKUM




Andai ABIE tahu.....
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.....

Andai ABIE tahu.....
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan airmata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.....

Andai ABIE tahu.....
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah,
itu maknanya dia sangat mengambil berat & menyayangi lelaki itu.....
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.....
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.....

Andai ABIE tahu.....
Apabila perempuan cerewet, 
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tetapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.....

Andai ABIE tahu.....
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.....

Andai ABIE tahu.....
Apabila perempuan cemburu & tidak percayakan kamu,
bukan bermakna dia tidak sayang.....
Tetapi dia terlalu sayangkan kamu & masih menganggap kamu anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.....
Terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.....
Naluri keibuannya sangat kuat.....
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu.....

Andai ABIE tahu.....
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-gada.....
Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah,
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.....

Andai ABIE tahu.....
Apabila perempuan jarang mengatakan "i love you",
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai kamu tetapi dia mahu
lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.....

Andai ABIE tahu.....
Apabila perempuan kata dia rindu dengan kamu,
dia benar-benar maksudkannya.....

Andai ABIE tahu.....
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.....
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik dimatanya.....
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik dihatinya.....
Selagi dia dengan kamu, percayalah, 
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik
dimatanya tetapi dihatinya, kamu tetap yang terbaik.....

Andai ABIE tahu.....
Apabila perempuan berkata kasar,
dia bukan bermaksud untuk berkasar,
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu
bersabar dengan sikapnya.....
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.....

Andai ABIE tahu.....
Apabila perempuan berkata "tolong tinggalkan saya!",
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.....
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.....
Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.....
Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda.....
Perempuan sulit untuk mengawal perasaan.....
Dia terlalu emosional.....
Tetapi dialah yang paling menyayangi anda & sangat
sensitif  dengan perubahan pada diri anda.....

Anda ABIE tahu.....
Sememangnya ALLAH menciptakan lelaki & perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.....
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi & menyempurnakan.....
Perempuan itu diciptakan oleh ALLAH indah sekali.....
Di sebalik airmatanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan
seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.....
Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan
tersendiri yang dapat menggoncang dunia & mungkin bisa pula
membuat lelaki menjadi lemah kerananya.....
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda & membuatkan
hidup anda lebih sempurna.....
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.....


.....Copyright from page "Selamat Malam Sayangku".....


Buat En. Abie:
Maafkan sy kerana terlebih-lebih sayangkan kamo,
terlebih-lebih rindukan kamo,
terlebih-lebih jagakan kamo,
terlebih-lebih risaukan kamo..
MAAFKAN SAYA  :)





TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

13 April 2012

Hati Akuuu..

ASSALAMUALAIKUM


Hurm, kalo nak berbicaraa tentang "HATI" nih memang susah..
Sekarang nih perasaan seakan tidak stabil,
sekaligus membuatkan "HATI" ini jugak tidak berada dalam keadaan yang normal
tetapi akal masih lagi dalam keadaan yang waras..

Kenapa? Mengapa? Sampai bila?
Aduhaii, macam-macam yang menjadi persoalan "HATI" dikala ini..

"HATI" terluka kew? 
"HATI" remuk kew?
"HATI" sakit kew?
Tapi bagaimana? 
Sedangkan semuanya berjalan seperti biasa..
Aku masih lagi dengannya..
Dia masih lagi berada disisi aku..
Melayan kerenah aku yang kadang-kadang sukar untuk diduga..
Tapi...........

Apa yang kau mahu wahai "HATI"?
Katakanlah.....
Tapi "HATI" ini tak mampu untuk berkata-kata..
Biarlaa ia terluka daripada ada "HATI" lain yang akan terluka..
Aci kew??
Nangish bole?? :(
.....SEKIAN.....
I NEED A DOCTOR!!!!!


TUH JEW NAK SHARE!!
HUHU! :(
BABAI!!

21 March 2012

Sumpah Rinduuuuu...!! Duu..!! Duu..!!

ASSALAMUALAIKUM


Sumpah rinduuu..!
Genting memang ada sentimental value buat ako..!
Rinduu semua kenangan kat sini.. 
Mungkinkan ia dapat berulang kembali.. :(


AWANA~ ::Tempat kami bermalam::



KENNY ROGERS~ ::Tempat kami lunch together-gether::



ARCHERY~ ::Game yang sangat happening kami try for da 1st tyme::


Buat A.Buah EDY & JANNAH:
M.cik doakan yang terbaik buat kalian berdua..
Mudah-mudah an berakhir dengan kegembiraan..
InsyALLAH panjang umur kita repeat lagi memory cani ek.. :)


Buat En. Abie:
Hopefully kamo percaya dekat sy..
Sy mintak maaf, sy terpaksa pegi atas sebab kerja..
Tak lama pun, jumaat sy balik k.. 
I MISH U..! :)

Selamat malam semua..!
Mimpi indah..!


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

07 March 2012

Belated 5th March 2012 :)


ASSALAMUALAIKUM



Tenkiu En. Abie for those Chocolates & Sweets :)





I LOVE YOU TRULY, MADLY, DEEPLY

Certainties in life are really
very few but something
I am sure of is that I TRULY
care for you..

Since you came along
I've been only
thinking about you and
believe me
dear, I've fallen for 
you MADLY

..Before, something was
missing, but now you've made
me complete, and I feel
for you so DEEPLY, you have 
touched my very soul ~
As long as we're together it
doesn't matter what we 
do, for TRULY, MADLY, DEEPLY
I'm so in love with you..




TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...