ASSALAMUALAIKUM
(Muka aku pon lebih kurang macam kartun kat atas tu masa update entri ni ;p)
Lamanya tak update blog! Tiap kali buat entri baru itu saja ayat yang wajib aku guna. Haha. Kesian yer blog aku ni. Tak terbela. Kikiki.
Maaf laa sangat-sangat. Memang mood nak berblogging tu dah lama menghilang. Tak tahu laa kenapa. Dan kebetulan pulak masa yang aku ada sekarang sangat-sangat pack. Selalunya aku update blog dekat office. Guna PC office lebih mudah & besar, senang nak nampak. Nak update guna phone memang tak laa kan. Kecil-kecil mata aku nak menaip nanti. 8 jam kat office pulak sangat busy menolong Puan Engineer aku. Da kata aku ni Assistant Engineer, memang menjadi kewajipan aku laa assist dia kan. Apa boleh buat. Kuli-kuli sahaja. Ekekeke. Tambahan pulak sekarang time kerja aku pukul 7.30 pagi sampai 4.30 petang. Jadinya kalau dah kat office tak sempat kat mana lagi aku nak update? Kat rumah? Memang tak jugak la. Huhu
Semalam dok godek-godek blog salah sorang junior aku yang baru saja mendirikan mahligai bahagia iaitu SEPET terus aku jadi rindu, rindu, rindu nak update enrti kat sini. Sob. Sob.
Terlalu banyak benda yang aku tak sempat nak share di sini. *sambil kesat peluh di dahi* . InsyALLAH aku akan cuba merajinkan diri untuk update secepat mungkin. Ok. Ini da janji yang ke berapa pun aku tak ingat dah. Hehe. Mohon kekuatan untuk menceritakan perkara suka duka selama beberapa bulan yang telah berlalu ni. Ayat budget retiss. Sila abaikan. Kikiki
Sebagai pembukaan entri yang dah lama tak update, aku rasa ini sahaja untuk kali ini. Motif? Aku tak tahu motif aku buat entri ni untuk apa. Hahaha. Korang tunggu jelaa next update ya. Best tak best aku tak tahu la. Korang yang baca, korang yang tahu. Hehe.
Sekian. Terima kasih :)
Ok! Bye!
Thanx for reading.. (^_^)
TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!
No comments:
Post a Comment