Kalo kamo Gangsta+Sopan+Comeeii+Cool.. Sila klik sini (^_*)

Showing posts with label .Muhasabah Diri.. Show all posts
Showing posts with label .Muhasabah Diri.. Show all posts

23 December 2012

Ku Serahkan Seluruh Hatiku Untukmu ~ ~

ASSALAMUALAIKUM



Ya ALLAH,
Aku serahkan seluruh hatiku kepada-Mu.

Kau serahkan lah hati ini kepada orang yang betul-betul boleh menerima kekurangan ku, menerima aku apa adanya, 
orang yang boleh membimbing aku ke jalan-Mu.

Ya RABB,
Aku serahkan seluruh hatiku sekali lagi kepada-Mu.

Kau hindarkan lah aku daripada orang-orang yang hanya hadir untuk mempermaikan, menyakitkan & melukai hati ini.

Hanya engkau yang tahu apa yang terbaik untuk diriku.

Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

05 December 2012

Baik-baik Sayangg :)

ASSALAMUALAIKUM


Yup, walaupon hakikatnya dalam hati risau.
Cuba fikir yang positif jew.
InsyALLAH hati lebih tenang.
Cuba anda buat & lihat hasilnya.

TAK PERCAYA TAK APE, BUAT JEW :)

Thanx for  reading.. (^_^)


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

28 November 2012

Sabarkan Hati..

ASSALAMUALAIKUM

Kadang-kadang bisik hati bertanya..

Kenapa mesti ini yang terjadi dalam hidup?
Kenapa lain yang dirancang, lain yang jadi?
Kenapa nak masa nih tapi dapatnye tak?
Kenapa yer?

Kenapa mesti dia muncul dalam hidup, 
jika masa untuk bersama dia hanya untuk beberapa tahun.
Atau hanya untuk beberapa bulan,
beberapa minggu atau sekadar untuk beberapa hari.
Kenapa yer?

Kenapa bila masa itu hampir pasti,
hampir menjadi kenyataan tiba-tiba hancur sekelip mata?
Kanapa yer?

Sebenarnya apa yang cuba ditunjukkan?
Adakah ini hanya dugaan untuk menguji kekuatan hati & fikiran?
Adakah ini ujian normal yg manusia lain juga laluinya bersama?
Atau adakah ini adalah petunjuk apa yang diingini takkan menjadi kenyataan?

 Hati meronta-ronta inginkan jawapan yang pasti..
Fikiran melayang-layang setinggi burung terbang di awan biru..
Dan sebenarnya jawapan itu ada pada diri sendiri..
Tapi sampai sekarang masih belum aku temui.. :(



Thanx for  reading.. (^_^)


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

24 September 2012

Terima Kasih Angin Melintang!


ASSALAMUALAIKUM




Lihatlah kepada layang-layang yang terbang jauh di udara. Siapa sangka kertas senipis itu boleh terbang setinggi itu. Malah, hanya dipandu dengan tali yang halus. Sangat halus. Layang-layang yang terbang gah di udara tadi mungkin akan terjunam apabila talinya putus. Keegoannya yang tinggi di udara akan secara tiba-tiba tergugat hanya kerana talinya tidak mampu mengawalnya lagi. 
Putus kerana sifatnya yang halus.

Apakah peranan angin dalam misi penerbangan tersebut? Ya, layang-layang tersebut terbang kerana angin yang menentang arus memberi tekanan yang hebat. Makin lama, semakin tinggi menerjah udara. Hebat bagaikan tiada tandingan. Asalnya lemah tetapi kuat setelah menghadapi rintangan angin yang sangat kuat. 

Makin kuat angin yang menentangnya, makin tinggi naik layang-layang itu ke udara. Justeru, angin yang menentanglah sumber kekuatannya. Sama ada kita sedar atau tidak, hidup kita ini melalui pelbagai proses.
Gagal dan berjaya itu suatu proses kematangan. 

Adakala kita ini dipuji dan adakalanya kita dikritik.

Adakalanya kita dikritik hebat oleh rakan-rakan dan majikan.

“Saya tidak yakin dengan kemampuan kamu”.
 “Tugasan kamu tidak dilakukan dengan sempurna”.
 “ Kamu tidak dapat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya”.

Jadi, apa pilihan yang ada pada kita. Melenting? Pasti pada mulanya kita berasa terhina dan marah kerana sindiran tersebut. Tetapi sedarkah kita bahawa sindiran dan kritikan tersebut sebenarnya telah membongkar kelemahan dan kekurangan kita. Kekurangan itulah harus dibaiki. Lantas, apabila kekurangan dan kelemahan itu dibaiki kita bakal menjadi seorang yang hebat.

Maka, kita harus mengucapkan terima kasih kepada orang yang mengkritik . Sama seperti kes layang-layang yang terbang kerana angin yang merintangi usahanya naik ke puncak. Layang-layang tersebut harus berterima kasih kepada angin yang menentangnya. Jika tiada angin yang menentang mana mungkin ia boleh berjaya menghasilkan  tekanan untuk naik ke atas.


 Tip terima kasih:

1. Ucapkan terima kasih kepada rakan atau majikan  yang mengkritik diri anda.

2. Analisa kelemahan diri melalui kritikan mereka dan bina semangat baru.

3.Perbaiki kesilapan lalu dan cuba lakukan penambahbaikan.

4.Berlapang dada dengan semua orang.

5. Jadilah pendengar yang setia.

6. Sudi untuk mendengar kritikan orang.


“Berterima kasihlah kepada angin yang menentang, 
kerana tanpanya layang-layang takkan naik ke udara”

“Berterima kasihlah kepada pengkritik, 
kerana tanpanya kita mungkin akan terus sombong dan tidak 
menyedari apakah kekurangan dan kesilapan diri”.



Credit to:
Mutiara Kata & Artikel Minggu ini (25 - 28 September 2012)
“Cyber Psychology” Portal Internet KeTTHA.


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

18 March 2012

Lamaran dari sy buat En. Abie.. :)



ASSALAMUALAIKUM





ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.

Tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.

Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup. Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya. Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.

Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh. Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya. Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.

Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya? Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan. Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.

Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.

Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.

Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah. Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)

Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.

“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya. Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama. Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.

“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.

Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya. Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.

“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan. Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.

Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini. Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.

Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.

“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.

Berdasarkan sejarah yang masyhur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.

Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga. “Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.
Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.
“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.

Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasangan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.

Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.

Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.

“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.

Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah. Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak selamatkan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.

“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah. “Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.

Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah. “Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.


Wallahualam..



P/s: Sy copy & paste dari SINI.. Tenkiu for da info.. :)

TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

24 October 2011

Kita Sebenarnya.....


ASSALAMUALAIKUM

..."KITA SEBENARNYA"...

Lebih gembira menyambut 1 JANUARI daripada 1 MUHARRAM.!
Lebih tahu apa itu 14 FEBUARI daripada 12 RABIULAWAL.!
Lebih membesarkan hari SABTU dan AHAD daripada hari JUMAAT.!
Lebih khusyuk mendengar LAGU daripada mendengar AZAN.!
Lebih suka LEPAK, TIDUR, TENGOK TV.. dll daripada SOLAT dan MENGAJI.!

Lebih tahu ARTIS PUJAAN kita daripada nama NABI-NABI ALLAH.!
Lebih suka menyebut HELLO dan HI daripada ASSALAMUALAIKUM.!
Lebih suka menyanyi DANGDUT, HIP HOP.. dll daripada BERWIRID atau BERTAHMID.!
Lebih suka memuji MANUSIA daripada TUHAN kita sendiri.!

Lebih suka membaca MAJALAH HIBURAN daripada BUKU-BUKU AGAMA.!
Lebih suka ke KONSERT, KAROKE daripada ke CERAMAH AGAMA.!
Lebih suka MEMAKI, MENGUMPAT orang daripada MEMUJI mereka.!
Lebih suka MENCARUT @#!*@!! daripada menyebut MASYALLAH.!
Lebih suka KEMUNGKARAN daripada membuat KEBAIKAN.!
Lebih bangga dengan KEJAHILAN kita daripada bersyukur dengan KEIMANAN kita.!
Lebih CINTAKAN DUNIA daripada URUSAN AKHIRAT.!

..."TETAPI"...
Bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa.....

KITA SEBENARNYA..... Lebih suka menuju ke SYURGA daripada NERAKA.!

..."PERSOALANNYA"...
LAYAKKAH KITA DENGAN SYURGA MILIK ALLAH??


*Peace Yaww*


RENUNG-RENUNGKAN
& 
SELAMAT BERAMAL
(^_*)

TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

10 October 2011

Orang Kata Ako Lahir Dari Perot MAK..


ASSALAMUALAIKUM

Orang kata ako lahir dari perut MAK!
(Bukan owg kata tp memang btooii pon)

Bila dahaga, yang susukan ako.. MAK!
Bila lapar, yang suapkan ako.. MAK!
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. MAK!

Kata mak, perkataan pertama yang ako sebut.. MAK!
Bila bangun tidur, ako cari.. MAK!
Bila nangis, orang pertama yang datang.. MAK!

Bila nak bermanja, ako dekati.. MAK!
Bila nak bergesel, ako duduk sebelah.. MAK!
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. MAK!

Bila nakal, yang memarahi ako.. MAK!
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. MAK!
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. MAK!

Bila takut, yang tenangkan aku.. MAK!
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. MAK!
Aku selalu teringatkan.. MAK!

Bila sedih, ako mesti tepon.. MAK!
Bila seronok, orang pertama ako nak beritahu.. MAK!
Bila bengang.. ako suke luah pada.. MAK!

Bila takut, ako selalu panggil.. "MMAAAKKKK! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.. MAK!
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. MAK!

Bila buat hal, yang marah ako dulu.. MAK!
Bila ada masalah, yang paling risau.. MAK!
Yang masih peluk dan cium ako sampai hari ni.. MAK!

Yang selalu masak makanan kegemaranku.. MAK!
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.. MAK!
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang ako.. MAK!

Yang selalu berleter kat ako.. MAK!
Yang selalu puji ako.. MAK!
Yang selalu nasihat ako.. MAK!
Bila nak kahwin..Orang pertama ako tunjuk dan rujuk.. MAK!

AKU ADA PASANGAN HIDOP SENDIRI..
Bila seronok, ako cari.. PASANGANKU!
Bila sedih, ako cari... MAK!
Bila berjaya, ako ceritakan pada.. PASANGANKU!
Bila gagal, ako ceritakan pada.. MAK!

Bila bahagia, ako peluk erat.. PASANGANKU!
Bila berduka, ako peluk erat.. EMAKKU!
Bila nak bercuti, ako bawa.. PASANGANKU!
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. MAK!

Bila sambut valentine.. Ako bagi hadiah pada PASANGANKU!
Bila sambut hari ibu.. Ako cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu... Ako ingat PASANGANKU!
Selalu.. MAK ingat kat ako!

Bila-bila.. Ako akan tepon PASANGANKU!
Entah bila.. Ako nak tepon MAK!
Selalu.. Ako belikan hadiah untuk PASANGANKU!
Entah bila.. Ako nak belikan hadiah untuk MAK!

RENUNGKAN:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... 
Bolehkah kau kirim wang untuk mak?
Mak bukan nak banyak... Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya??
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya??
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya??
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya??
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat & membersihkan luka kudis ibunya??
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya??
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH untuk ibunya??

RENUNG-RENUNGKAN
& 
SELAMAT BERAMAL
(^_*)



Msg dari MAK:
SORRY BUAT ALONG MACAM BUDAK2
KADANG2 TAK SEDAR KOORG DAH DEWASA
DAN MAK DAH TUA

P/S: Tacing beb dpt msg cani.. Menitik airmata ako bace.. huhu
Byknyee salah ako kat MAK! Along mintak maaf MAK! :(


TUH JEW NAK SHARE!!
HUHU! :(
BABAI!!

08 September 2011

Fikirlah Sebelum KITA..




Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,

Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.


Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

17 August 2011

RAMADHAN itu INDAH #2


LIMA (5) BONUS KHAS RAMADHAN

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa 
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

 Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadan iaitu:


BONUS I
Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah.



BONUS II
Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.


BONUS III
Allah memperindahkan syurga-NYA setiap hari dan berfirman:

”Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.”
(Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat).


BONUS IV

Syaitan-syaitan dibelenggu,tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan.

BONUS V
Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam 
(orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).

Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w:

”Ya Rasulullah,apakah apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?”

Baginda manjawab: ”Bukan,tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya.” (Riwayat Ahmad)


RENUNG-RENUNGKAN
& 
SELAMAT BERAMAL
(^_*)


Sumber Dari Jawatankuasa Surau JPP


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

03 August 2011

RAMADHAN itu INDAH #1

Bulan ramadhan  merupakan tetamu agung yang datang berkunjung hanya sekali setahun dengan rombongannya sebanyak 30 atau 29 hari yang wajib dan wajar sekali disambut dengan penuh kegembiraan, hormat dan ta’zim serta layanan yang baik. Sabda Rasulullah SAW :


“Telah datang bulan ramadhan, penghulu segala bulan, maka hendaklah kita mengucapkan selamat datang kepadanya, telah datang bulan puasa segala keberkatan, maka hendaklah memuliakan tetamu yang datang itu.”


Tetamu agung ramadhan itu membawa beberapa kelebihan sebagai hadiah yang akan dibahagikan kepada sesiapa sahaja di antara muslimin dan muslimah yang menyambut kedatangannya dengan baik dan mengerjakan apa yang disukainya selama 30 atau 29 hari itu.


Antara kelebihannya ialah :


Pertama : Beroleh Taqwa
Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 :
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat-umat yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa.”

Kedua : Terampun segala dosa
Rasulullah SAW telah bersabda :
“Barangsiapa mendirikan ramadhan (menghidupkan ramadhan dengan cara berpuasa disiang hari, bersembahyang terawih dan witir pada malamnya serta membanyakkan kerja-kerja kebajikan yang lain) dalam keadaan beriman dan mengharapkan keredhaan Allah SWT diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.” – Riwayat Bukhari dan Muslim.

Ketiga : Malam Lailatul Qadar
Malam lailatul Qadar adalah malam yang sangat istimewa di mana barangsiapa beribadat pada malam itu maka digandakan pahalanya lebih daripada beribadat selama 1000 bulan atau 80 tahun yang tidak ada lailatul qadar padanya. Oleh itu, sebagai seorang muslim marilah kita menyambut kedatangan bulan ramadhan dengan penuh kegembiraan, penuh harapan dan syukur, keriangan, penuh kerelaan dan keikhlasan. Dengan demikian, melangkah memasuki gerbang ramadhan bererti memasuki gerbang latihan. Maka wajarlah kita menyiapkan perbekalan yang perlu seperti mengulangkaji pelajaran-pelajaran berkaitan dengan puasa, memperlihatkan kesenangan hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan ramadhan, memperbanyakkan berdoa semoga Allah SWT memberi kesihatan dan tenaga dan lain-lain lagi.



RENUNG-RENUNGKAN
& 
SELAMAT BERAMAL
(^_*)
Sumber Dari Jawatankuasa Surau JPP

TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...