Kalo kamo Gangsta+Sopan+Comeeii+Cool.. Sila klik sini (^_*)

30 December 2012

Welcome 2013, Gud Bye 2012 :)

ASSALAMUALAIKUM



Pejam celik, pejam celik jew da nak masuk 2013 kan.
Hurm, cepatnyaa laa jam berputar, masa berlalu.
Tak tunggu sesaat pon.

Masuk 2013, umur pon makin meningkat.
Risau hati mak nok. Huhu

Apa pon aku harapkan benda yang baik-baik jew
 yang akan berlaku pada tahun 2013 nih.

Aku tak nak cita pasal azam baru.
Sebab azam lama pon byk yang tak tercapai.
Dari tahun 2011 bawak ke tahun 2012 pon still tak dapat achieve.
Apekah? Huhu.



Ok, sekarang nak cita pasal tahun 2012 dalam hidup aku.
Hurm, terlalu banyak perkara suka & duka.
Silih berganti-ganti macam acara relay 4x100m tuh.
Huhu.

Aku taknak fikir & ingat perkara yang sedih-sedih tuh.
Aku nak ingat perkara yang suka ria jew.
Yang berlalu tuh biar laa berlalu.
Life must go on as usual kan?

Apa yang aku boleh rumuskan,
semakin meningkat usia kau, 
semakin banyak lah dugaan yang kau kena tempuh.
Semakin banyak benda baru yang kau akan jumpa.
Yang kau tak pernah langsung terfikir akan jadi dalam hidup kau.
Itulah yang aku rasaa.

Awal 2012 yang sangat membahagiakan hidup aku.
Tapi pengakhiran dia tak sesempurna yang aku harapkan.
Dua tahun berturut-turut aku rasakan benda yang sama.

Aku percaya, apa pon yang berlaku.
Sama ada perkara yang baik atau kurang baik.
Semuanyaa ada hikmah yang kita sendiri tak tahu apa dia.
Itulah qada & qadar ALLAH s.w.t.
DIA yang tahu apa yang terbaik buat hamba-NYA.

Bagi aku, biarlah masa yang menentukan segala-galanya.
InsyALLAH bahagia itu pasti akan tiba.
But now, i'm just follow the flow
dan mempersiapkan diri ke arah yang lebih baik dari sebelum ini.
Moga aku diberi petunjuk untuk tahun 2013 yang bakal tiba nih.
Buat korang semua, all the bestt ya :)


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

27 December 2012

IKHLASLAH WAHAI HATI :)

ASSALAMUALAIKUM


Doa aku di pagi Jumaat ini :)



AMIN..
AMIN..
YA RABBAL ALAMIN..


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

26 December 2012

S.Y.U.K.R.A.N :)

ASSALAMUALAIKUM



Terima kasih kepada mereka yang positif dengan saya.
Kepada mereka yang dah tahu apa yang sedang berlaku,
saya mohon kalian doakan yang baik-baik sahaja.
Moga dengan doa kalian semuanyaa akan kembali seperti sedia kala.
InsyALLAH, amin :)

Terima kasih jugak kepada mereka yang negatif terhadap saya, 
setelah mengetahui apa yang sedang berlaku.
Terima kasih sebab kalian dah buat saya jadi makin kuat.
Saya tak kisah pon apa kalian nak cakap, nak caci 
dan yang sewaktu dengannya. Teruskan lah.
Tapi ingat, hidup ini macam roda.
Satu hari nanti bila kalian berada di tempat saya,
merasai apa yang saya rasa.
Dan pada saat & ketika itu barulah kalian akan faham.

Iye, memang kita boleh halang apa yang bakal terjadi.
Tapi ingat, siapa kita untuk halang takdir yang dah ditetapkan.
Semua yang terjadi ada hikmah yang kita sendiri pon tak tahu apa dia.
So, bukan kita yang berhak nak hukum salah sesama manusia.


AKHIR KATA:




Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

25 December 2012

Butterfly~

ASSALAMUALAIKUM



Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
That previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biarku berlebihan
Mendekati mu
Namun ku tunggu


Seyess, lagu nih sangat touching. Hurm :(



Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

Peluang Terakhir..

ASSALAMUALAIKUM

Ya ALLAH,
Pagi ini hati aku begitu tersentuh.
Aku sendiri tak tahu apa yang aku dah buat.
Apa yang aku sedar, dia terlalu sayangkan aku.

Terlalu banyak peluang dia bagi kat aku.
Selama nih aku ingat bukan aku kat hati dia.
Tapi dengan apa yang dah jadi sekarang,
aku nampak dengan jelas semuanya.

Sekarang, semuanya dah terlewat untuk aku.
Apa yang aku mampu buat hanya terus berdoa kepada yang maha esa.
Semoga hati ini lebih tabah untuk menempuhi hari-hari yang mendatang.
Semoga aku diberi peluang untuk terus menyayangi dia.
Semoga aku diberi peluang untuk terus berada disisi dia.
Susah & senang bersama-sama dengan dia.
Walaupun satu hari nanti jika takdir yang tertulis menyatakan
aku bukan yang terbaikk buat dirinyaa.
Sekurang-kurangnya aku nak tebus salah aku kat dia.
Itu yang aku nak buat sangat sekarang nih.

Yup, bila dah jadi mcm nih.
Macam-macam tomahan, cacian yang aku dapat.
Kawan pon boleh jadi lawan.
Ada yang sanggup untuk jadi bahan tambahan,
menyemarakkan lagi api yang memang tengah marak.
Itulah hakikat kehidupan.
Kawan senang memang ramai, tapi bila aku buat silap ini yang aku dapat.
Tapi takpe, aku anggap itu semua satu cabaran.
Disebalik mereka yang negatif terhadap aku,
tetap ade yang positif, menyokong & mendoakan yang baik-baik untuk kami.
Terima kasih sangat-sangat.

Mulut orang aku tak boleh nak tutup.
Esok-esok penat, diam lah dia.
Diorang tak rasa apa yang aku rasa.
Diorang tak duduk kat tempat yang aku duduk sekarang.
So, diorang boleh kata apa yang diorang nak.
Teruskan lah dan terima kasih banyak-banyak.
Sebab dengan kehadiran orang macam diorang buat aku jadi kuat.

Aku mohon peluang terakhir.
Peluang yang betul-betul terakhir.
Untuk aku buktikan yang aku tak macam yang kau sangkakan.
Yang aku tak seteruk yang kau fikirkan.
Aku nak berubah, nak perbaiki kesilapan yang aku dah lakukan.
Nak berubah kepada yang lebih baik.
Mungkin susah kau nak percaya, tapi DIA yang tahu segala-galanya.
DIA yang tahu apa yang ada dalam hati ini.
Bukannya orang-orang sekeliling kita.
Diorang hanya pandai bercakap & menghukum orang.
Aku akan buktikan.
InsyALLAH dengan izin dari-NYA.
Amin.
Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.
Yakin, apa yang sedang berlaku ada hikmah yang sangat
cantikk dah tersusun buat kita.




Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

23 December 2012

Semua Tentang Kita..

ASSALAMUALAIKUM

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi dihati

Ada cerita tentang aku & dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat di saat kita tertawa bersama
Cerita semua tentang kita


Ada cerita tentang aku & dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa


By: Peterpan





Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

Ku Serahkan Seluruh Hatiku Untukmu ~ ~

ASSALAMUALAIKUM



Ya ALLAH,
Aku serahkan seluruh hatiku kepada-Mu.

Kau serahkan lah hati ini kepada orang yang betul-betul boleh menerima kekurangan ku, menerima aku apa adanya, 
orang yang boleh membimbing aku ke jalan-Mu.

Ya RABB,
Aku serahkan seluruh hatiku sekali lagi kepada-Mu.

Kau hindarkan lah aku daripada orang-orang yang hanya hadir untuk mempermaikan, menyakitkan & melukai hati ini.

Hanya engkau yang tahu apa yang terbaik untuk diriku.

Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

05 December 2012

Congratulation Dhiya & Suriya :)

ASSALAMUALAIKUM

 02/12/2012
Aku suke date tuh.
Bagi aku date tuh cantikss.
Ok, entry nih bukan nak cite psl date tuh yer.

Actually, date tuh merupakan hari bahagia buat
dua orang sahabat baik aku iaitu Dhiya & Suriya.
Hari persandingan mereka bersama insan yg mereka cintai.
Seyess, aku rasa hiba & sebak melihat mereka.
Dulu mereka penah terluka & kecewa.
Tapi kini, bahagia milik mereka & moga ia kekal abadi.
Amin.

Aku dah lame betul tak attend wedding kawan-kawan aku.
Disebabkan kekangan masa & class dihujung minggu.
Terkilan jugak sebenarnya. Tapi nak buat mcm mana an.
Kepada kawan-kawan yg aku tak dapat dtg wedding korang,
aku mintak maaf sangat-sangat yer.
Ape pon aku doakan korang semua bahagia till jannah,
insyALLAH & dapat anak yg comel-comel ok!


 Aku & Ajim. Lame sungguh tak jmp budak nih
and lucky dye ade, kalo tak aku keseorangan.
Yg plg penting aku sukeeee gambooooo nih. Hik ;p


Buat sahabat aku DHIYA FARHANA:
Finally kau dah bergelar isteri yg sah kepada En. Aizat.
Jujur aku katakan, aku sebak tyme tuh.
Alhamdulilah, doa kau termakbul.
Terlalu byk dugaan maha hebat yg kau lalui.
Tapi kau tabah, kuat & sabar.
Dan akhirnya, kebahagian itu milik kau kawan.
Wedding kau mmg curlass beb.
Jaga husband kau baik-baik yer.
Cepat-cepat dapat baby ok!
Doakan utk aku taw. Hehe.
Friendship lasting forever ya!
Happy forever jugak!
Lastly but not least, sowie tak dpt jadi pengapit kau.
Aku dah bersara dah jadi pengapit. Hik ;p

 Sukee tengok baju Dhiya! Cantikss sangat!
Wedding dye mmg perfect!


 Inilah dye DHIYA & AIZAT :)


Amik berkat. Yg sebelah aku tuh taun depan nak naik pelamin da.


My ex-bos yg kini merupakan bos Dhiya. Hehe


Buat sahabat aku SURIYA AFRA:
Finally kau dah bergelar isteri yg sah kepada En. Wazi.
Tahniah buat kau. 
Byk jugak dugaan utk kau.
Tapi akhirnya semuanya dah berakhir.
ALLAH gantikan yg lebih baik utk kau.
Aku doakan kau bahagia & gembira sehingga akhir hayat.
Semoga persahabatan kite jugak akn kekal smp bila-bila.
 Sayang kau!!


 Kau cantik! Aku jelesss! Haha


 Dengan Suriya, slim ok dye!


Pelamin anganku musnah. Pelamin aku, bukan Suriya. Hehe


Gambaa akuuuu :)

Mukee kekenyangan ;)


Comel kan? Bukan aku, tapi booth tuh. Sukee!! Hehe


Last but not least, cantikk tak baju nih?
Finally, dpt jugak pakai baju nih.
New design from YuNia C.O.L.L.E.C.T.i.O.N
and really2 love it!!

Kurus kew aku? Mintak maaf, takde niat nak kurus pon.
Diet pon tidak, ia semulajadi. Hik ;p


Thanx for  reading.. (^_^)


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

Baik-baik Sayangg :)

ASSALAMUALAIKUM


Yup, walaupon hakikatnya dalam hati risau.
Cuba fikir yang positif jew.
InsyALLAH hati lebih tenang.
Cuba anda buat & lihat hasilnya.

TAK PERCAYA TAK APE, BUAT JEW :)

Thanx for  reading.. (^_^)


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

28 November 2012

Sabarkan Hati..

ASSALAMUALAIKUM

Kadang-kadang bisik hati bertanya..

Kenapa mesti ini yang terjadi dalam hidup?
Kenapa lain yang dirancang, lain yang jadi?
Kenapa nak masa nih tapi dapatnye tak?
Kenapa yer?

Kenapa mesti dia muncul dalam hidup, 
jika masa untuk bersama dia hanya untuk beberapa tahun.
Atau hanya untuk beberapa bulan,
beberapa minggu atau sekadar untuk beberapa hari.
Kenapa yer?

Kenapa bila masa itu hampir pasti,
hampir menjadi kenyataan tiba-tiba hancur sekelip mata?
Kanapa yer?

Sebenarnya apa yang cuba ditunjukkan?
Adakah ini hanya dugaan untuk menguji kekuatan hati & fikiran?
Adakah ini ujian normal yg manusia lain juga laluinya bersama?
Atau adakah ini adalah petunjuk apa yang diingini takkan menjadi kenyataan?

 Hati meronta-ronta inginkan jawapan yang pasti..
Fikiran melayang-layang setinggi burung terbang di awan biru..
Dan sebenarnya jawapan itu ada pada diri sendiri..
Tapi sampai sekarang masih belum aku temui.. :(



Thanx for  reading.. (^_^)


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

27 November 2012

Jangan Khuatir, Tulang Rusuk Tak Akan Bertukar..

ASSALAMUALAIKUM


Ya ALLAH,

Bila dia bukan untuk ku,
Bila dia bukan jodoh ku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diri ku..

Ya ALLAH,

Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia,
Agar kami tak mengundang murka-Mu,
Agar kami dapat lebih menjaga hati..

-Amin, Ya Rabbal Alamin-



Credit to Page:

Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

22 November 2012

LEPASKAN IA PERGI :)

ASSALAMUALAIKUM

Terkadang kita terlalu inginkan sesuatu.
Sehingga kita terlupa siapa diri kita.

Terkadang kita takut kehilangan sesuatu.
Sehingga kita terlupa bahawa apa yg kita ada 
di dunia ini hanya bersifat sementara.

Terkadang kita terlalu mementingkan kebahagiaan sendiri.
Sehingga kita terlupa ada insan yg terpaksa kecewa dgn sikap kita.

Terkadang apa yg kita sudah hampir perolehi 
kita bazirkan begitu sahaja.
Sehingga kita terlupa segala masa & pengorbanan 
yg kita lakukan selama ini.

Terkadang apa yg kita lakukan hanya untuk memuaskan hati sendiri,
tanpa kita sedar bahawa hakikatnya ALLAH 
telah menetapkan yg terbaik utk kita :)




Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

16 November 2012

Kau Nampak Apee??

ASSALAMUALAIKUM

Aku nak tanyaa nih, kau nampak ape bila view blog aku?
Aku agak tak seronok nak bukak blog sendiri.
Sebabnyaa "Background" comeeii aku tuh tak appear.
Nampak mcm boringggg sangat blog aku nih.
Tapi bila tanya sorang kawan blogger aku nih,
dia kata "Background" aku ada jew. 
Tak hilang pon. Aduhaii. Musykil betul aku.

Adakah pc office aku nih bermasalah?
Sakit pulak hati kiteeeee!


Eeuww! Tak menarik bukan?
Takda semangat nak berblogging. Huhu :(
Aku nampak ini, kau nampak apee??


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

15 November 2012

A Wonderfull Date 101112 :)

ASSALAMUALAIKUM



Happy Belated Birthday Aliandra Ku!
25th Belated Birthday!
(Untuk entry ini jew yg dah terlewat, actual date mmg aku da wish ok!)
Alhamdulilah membesar dengan begitu sihat ;p
Dan tahun ini jatuh pada tarikh yg sangat-sangat cantikk 101112 :) 

Mendoakan yg terbaik untuk kehidupan anda.
Semoga segalanyaa dipermudahkan hendaknyaa.
Semoga apa yang diimpikan tercapai.
Amin. Amin Ya Rabbal Alamin :)

P/s: Pada tarikh ini juga menunjukkan satu daripada azam
aku tahun ini tidak terlaksana :(
Mungkin masa itu belum tiba lagi untuk aku.
Dan aku akan terus sabar menanti :)


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

02 October 2012

U.L.T.R.A.S.S.S.S.S ! !

ASSALAMUALAIKUM


Sehati..... Sejiwa..... Lalalalala ;p

Sejak dua menjak nih, kalau aku turun tengok bola kat Stadium Paroi confirm aku join bebudak ULTRAS Nogori. Ini adalah kerana salah seorang geng "Craziey Family" aku merupakan ahli ULTRAS NOGORI yang berdaftar. Oleh yang demikian, aku pun terjebaklah sekali tapi belum jadi ahli ULTRAS lagi. Ekekeke.

Untuk pengetahuan kau, aku nih memang minat tengok bola. Dari zaman sekolah rendah lagi. So, janganlah kau pelik perempuan ala-ala gadis melayu terakhir macam aku nih sesat dekat dalam stadium itu. Haha. Sekarang pun memang dah ramai perempuan yang berfikiran terbuka tentang bola. Jadi jantina bukan penghalang untuk kita ke stadium. Cehhh ;p

Kalau cerita bab bola nih kan, aku takda la ariff sangat. Aku suka tengok bola, tapi kalau kau tanya aku siapa pemain bola tuh, siapa pengurus pasukan ke, siapa jurulatih ke tak semua aku boleh jawab. Sebabnya, aku tak amik kisah semua tuh. Aku pergi stadium nak tengok game bukan nak tilik sorang-sorang player dia.  Tapi mana-mana player yang femess aku kenal la jugak. Hehe

Kalau bola, dah tentu aku peminat setia NEGERI SEMBILAN. Kau mesti pelik kan? Aku tinggal dekat Selangor, lahir pulak dekat Melaka. Tapi apa sebab aku sokong Nogori? Hah, inilah yang aku nak cerita. Sebab aku tahu kau tak tahu apa yang aku nak bagi tahu nih. Haha

Percaya atau tidak? Aku merupakan salah seorang atlet Nogori. Walaupun sukan yang aku ceburi ni tak sehebat bola mahupun sukan olahraga atau bola jaring tapi aku berterima kasih sangat-sangat sebab bakat aku yang tak seberapa nih diberi kepercayaan untuk mewakili Nogori. Aku cuma atlet Nogori dalam SUKMA jew. Sukan apakah yang aku wakili? Nanti next entry aku cerita okies :)

So, malam nih Suku Akhir Ke-dua Nogori menentang ATM. InsyALLAH takda apa aku sampai la stadium malam nih setelah mendapat pelepasan dari body guard aku masa dekat stadium nanti. Hehe. Mesti stadium penuh sangat sebab aku pun tak sabar nak tengok Aidil dengan Zakuan menentang team Negeri diorang sendiri. Bagaimanakah?? Tunggu dan lihat saje. 

Yang penting malam nih nak dengar bebudak Ultrass menyanyi nyanyi dengan semangat sekali! Menang atau kalah itu tak penting. Janji ada semangat kesukanan! Ole! ;p


Ini gambar paling latest aku ke stadium dengan kawan baik aku merangkap 
salah seorang ahli "Craziey Family" aku :)


Pesanan buat player: GudLuck!
Pesanan buat Ultrass: Nyanyi semangat-semangat & sedap-sedap!
Pesanan buat penonton di stadium: Jangan main baling-baling botol ok!
Pesanan buat refree: Jangan makan rasuah! ;p


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

27 September 2012

Kenapa saya berblogging?

ASSALAMUALAIKUM

Tajuk kita hari ini ialah, kenapa saya berblogging?
Sebenarnya dari mula lagi nak buat entry nih.
Tapi tak terbuat-buat.
Jadi sementara tunggu masa nak lunch hour,
aku pun meluangkan sedikit masa untuk buat entry ini.
Tak payah entry panjang-panjang.
Seringkas yang boleh janji kau boleh paham sudah. Hehe


APA ITU BLOG??



Bagi akulah yang baru dekat-dekat setahun setengah berblogging nih dan yang tak berapa nak ramai followers. Seratus pun tak sampai ok! Feeling buat entry nih macam ramai pulak yang baca blog kerdil aku nih kan. Hehe. Ok, berbalik kepada persoalan tadi. Ini adalah jawapan aku.

Blog merupakan sejenis laman sosial dimana kau boleh share apa-apa yang kau suka dengan pembaca blog kau. Senang cerita dia macam diari seharian kau lah. Tapi macam aku sendiri bukanlah setiap hari aku buat entry dekat blog aku. Tengoklah bila ada masa terluang or ada apa-apa info yang aku rasa bestt nak share then aku akan buatlah entry pada ketika itu. Dan dimana bila tiba masa malas aku, maka berbulan-bulan lah aku tak update blog aku. Haha ;p


APA YANG ADA DALAM BLOG AKU??

Kebiasaannya kalau ada blog mestilah kena ada "Header Blog". Itu kira kau punya trade mark lah kan. Then mestilah kena ada/pilih "Blog Background" yang cecomel kan. Lepastu kena ada butang "Follower" supaya senang orang nak follow blog kau jika ada yang berminat nak follow. Lepastu dekat column belah kanan adanya ruangan yang comel-comel untuk kau letak jam ke, details pasal diri kau ke, gambar-gambar family ke, chat box untuk orang yang datang melawat blog kau tinggalkan jejak, link blog-blog retiss yang kau follow, traffic blog kau and so on yang kau rasakan perlu nak letak supaya blog kau kelihatan gebabom. Actually, ini diantara benda-benda yang aku letak dalam blog aku. Tapi kalau kau tengok blog aku nih simple-simple jew. Sebabnya aku nih tak pandai sangat. Mana yang aku tahu jew yang aku buat. Selebihnya telan air liur tengok mereka-mereka yang mempunyai blog yang cantik-cantik sambil gigit jari. Ek? Jeless betul aku. Hehe ;p


APA YANAKU TULIS DALAM BLOG AKU??

Hurm, pada awal aku berblogging, aku ingat nak jadikan blog nih sebagai tempat untuk aku meluahkan segala isi hati aku yang tersirat. Dimana cerita-cerita gembira mahupun duka lara yang aku tanggung dalam kehidupan seharian akan aku kongsikan disini. Pada awal kewujudan blog aku nih ada juga aku meluahkan perasaan kat sini. Macam isu-isu percintaan aku. Tapi lama kelamaan bila umur aku dah meningkat dewasa aku rasa tak semua benda aku boleh share dalam blog. Sebab tak semua orang yang membaca blog kita nih akan berfikiran terbuka seperti kita. Sebagai contoh, kalau kau kongsikan saat bahagia kau dengan boyfriend kau berkemungkinan besar kau akan dicop sebagai minah gedikss atau orang yang nak show off boyfriend dimata dunia. Atau mungkin bila kau buat entry pasal kau pergi jalan-jalan satu dunia then kau letak gambar-gambar berkemungkinan besar orang akan cakap kau nih nak tunjuk yang kau banyak duit boleh jalan keliling dunia. Atau mungkin bila kau tulis pasal isu-isu politik dan secara tak sengaja telah menyentuh hal-hal yang begitu sensitif, kang tak pasal-pasal kau kena tahan ISA pulak. Hihi

Macam aku sendiri, aku akan tapis setiap cerita yang aku nak sharekan. Mungkin sebelum nih aku agak show off pasal kegembiraan aku, pasal kesedihan aku. Tapi sekarang aku akan fikir dulu mana yang perlu aku publish dan yang mana tak. Dalam blog aku biasanya sekarang nih aku lebih suka sharekan benda-benda yang common sahaja. Sebagai contoh pasal diri aku ke, pasal tempat-tempat makan yang aku pergi, pasal makanan yang aku suka, pasal aktiviti-aktiviti yang aku buat, pasal study aku, pasal kawan-kawan aku, pasal family aku, ayat-ayat semangat untuk diri sendiri, perihal bisness aku dan apa-apa yang aku rasakan seronok & menarik nak share dengan pembaca blog aku :)


PENDAPAT AKU TENTANG BLOG??

Bagi aku, kau kena pandai menyesuaikan diri dengan blog. Kalau ikut kepala aku lantak kau lah kau nak tulis apa pun sebab blog kau kan. Orang nak kata apa lantak depa la kan? Blog aku, aku punya suka la kan? Haha. Janji kau pandai jaga diri & cara penulisan. Jangan khuatir jika ada stalker-stalker yang tak suka akan blog kau. Itu perkara yang sangat biasa terjadi jika kau memilih untuk menjadi seorang blogger. Hati kena kental, itu paling penting. Macam aku sendiri, walaupun tak ramai follower lagi. Still ada juga stalker-stalker yang tak suka dengan blog aku. Mungkin mereka sakit hati atau terasa hati dengan certain-certain entry aku atau mungkin mereka kurang selasa dengan cara penulisan aku. Aku mintak maaf la ye. Kalau kau sakit hati better kau jangan baca apa yang aku tulis. Kan lebih mudah ye tak? Hehe :)

Aku berblogging sekadar suka-suka. Untuk mengisi masa terluang dekat office. Al-maklumlah, kerja gomen nih banyak sangatt masa terluang. Kena pulak "Facebook" diblock time office hour. Lagi lah kau tak tahu nak buat apakan. Aku suka nak share ayat-ayat bestt yang aku jumpa. Kadang-kadang aku suka juga share gambar-gambar menarik yang aku ada. Orang kata semua itu kenangan. Kalau pasal hal kehidupan tak semua aku kongsikan dekat sini. Kalau ada yang terlepas tuh den tak boleh buat apalah. Kadang-kadang puas juga aku tahan diri. Tapi kalau sekali sekala takpa kowt kan. Nak jugak tuh kan. Haha ;p

Esok-esok kalau aku dah takda dalam dunia nih. Agak-agak kau rindu kat aku, kau jenguklah blog aku ye ;p


Aku nih manusia biasa, kadang-kadang tak perasan blog aku ini telah buat orang terguris, terguris. Mulut ini lancang juga berkata-kata. Perbuatan ini juga agak menjengkelkan kadang kala. 
Jadi maafkan segala kekhilafan aku ye.
 "Sharing is Loving" ;)


"Blogging requires passion & authority. Which leaves out most people"
(Ayat nih aku ciplak kat google)


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

26 September 2012

Finger! Finger Nailsss! :)


I HAVE FIVE FINGERS FOR A REASON:




My Pinky Finger

For my bestfriend and the promises i will never break.


My Ring Finger


For the special boy when the time is right.


My Middle Finger



For that "B*iTCHES who pushes me to far.


My Pointer Finger



To pick out my dearest family members.


My Thumb

To show the rest of the world i'm going to be okay.



Kiutttt kann? ;p

(Gambar Ihsan Dari Google)

Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...