Kalo kamo Gangsta+Sopan+Comeeii+Cool.. Sila klik sini (^_*)

23 September 2012

Ada Apa Dengan Nama??

ASSALAMUALAIKUM


Hye! Hello! :)
Sebelum keluar lunch, terasa nak menconteng disini dulu.
Sebenarnya topik yang nak aku diskusi kan nih tetiba jew muncul
dalam kotak fikiran aku nih. Hehe.

Hurm, tak tahu laa bagi korang ia menarik atau tidak.
Tapi aku just nak share dengan korang pasal "NAMA" aku :)




Nama aku,
 "SANIYAH"

Nama ayah aku,
"ABDUL MUNIR"

Bila digabungkan jadilah,
"SANIYAH ABDUL MUNIR"

Atau singkatannya ialah
"S.A.M"

Ek? Nak jugak sama dengan
"Shaheizy SAM"
Haha.

Simple jew nama aku kan?
Dulu masa kecik-kecik aku tak suka dengan nama aku.
Sebab bagi aku, walaupun nama aku sepatah jew,
 orang still jugak akan salah eja atau salah sebut.
Cikgu-cikgu kat sekolah kalau eja nama aku mesti tertinggal huruf "Y".

Yang sering menjadi tanda tanya dekat diri sendiri ialah:

Kenapa nama aku nih pelik sangat?
Kenapa susah nak jumpa orang yang nama sama macam aku?
Kenapa nama "SANIYAH" nih macam nama makcik-makcik?
Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Ingat lagi masa aku study dekat Poli Sabak Bernam.
Ustaz aku tanya:
Apa maksud "SANIYAH"?

Aku pun jawab:
"SANIYAH" tuh maksud dalam bahasa arab nombor "2" ustaz.

Ustaz pun tanya lagi:
Apa yang "2"? Bahaya nih.
(Maka ketawalah aku & kawan-kawan aku dalam kelas pada ketika itu)
Ekekeke



Barulah aku perasan, yang selama ini aku suka sangat dengan No.2
dan secara tak langsung ia berkait rapat dengan maksud nama aku :)


Macam mana aku boleh dapat nama "SANIYAH"?
Aku tanya mak aku.
Mak aku cakap nama aku nih nenek belah ayah aku yang bagi.
Masa baby dulu aku duduk dekat kampung ayah aku. Dekat "Lubuk Cina".
Sebab tuh aku dapat nama pun ala-ala "old skol" sikit.
Cuba kalau masa tuh aku terus duduk rumah nenek belah mak aku dekat "KL".
Mesti nama aku pun moden sikit kowt. Hehe.

Aku pernah terfikir nak pergi tukar nama lain dekat JPN.
Tapi sekarang, bila umur pun dah meningkat.
Aku rasa nama glamour mana pun belum tentu menjamin masa depan yang cerah.
Asalkan ia ada makna yang baik, itu sudah memadai.
Ecehhhhhhh!!! ;p


Aku lah "SANIYAH", nama yang sesimple orangnya.
(^_^)


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...