ASSALAMUALAIKUM
Lihatlah kepada layang-layang yang terbang jauh di udara. Siapa sangka kertas senipis itu boleh terbang setinggi itu. Malah, hanya dipandu dengan tali yang halus. Sangat halus. Layang-layang yang terbang gah di udara tadi mungkin akan terjunam apabila talinya putus. Keegoannya yang tinggi di udara akan secara tiba-tiba tergugat hanya kerana talinya tidak mampu mengawalnya lagi.
Putus kerana sifatnya yang halus.
Apakah peranan angin dalam misi
penerbangan tersebut? Ya, layang-layang tersebut terbang kerana angin yang
menentang arus memberi tekanan yang hebat. Makin lama, semakin tinggi menerjah
udara. Hebat bagaikan tiada tandingan. Asalnya lemah tetapi kuat setelah
menghadapi rintangan angin yang sangat kuat.
Makin kuat angin yang menentangnya,
makin tinggi naik layang-layang itu ke udara. Justeru, angin yang menentanglah
sumber kekuatannya. Sama ada kita sedar atau tidak, hidup kita ini melalui
pelbagai proses.
Gagal dan berjaya itu suatu proses kematangan.
Adakala kita ini dipuji dan
adakalanya kita dikritik.
Adakalanya kita dikritik hebat oleh
rakan-rakan dan majikan.
“Saya tidak yakin dengan kemampuan kamu”.
“Tugasan kamu tidak dilakukan dengan sempurna”.
“ Kamu tidak dapat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya”.
“Saya tidak yakin dengan kemampuan kamu”.
“Tugasan kamu tidak dilakukan dengan sempurna”.
“ Kamu tidak dapat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya”.
Jadi, apa pilihan yang ada pada
kita. Melenting? Pasti pada mulanya kita berasa terhina dan marah kerana
sindiran tersebut. Tetapi sedarkah kita bahawa sindiran dan kritikan tersebut
sebenarnya telah membongkar kelemahan dan kekurangan kita. Kekurangan itulah
harus dibaiki. Lantas, apabila kekurangan dan kelemahan itu dibaiki kita bakal
menjadi seorang yang hebat.
Maka, kita harus mengucapkan terima
kasih kepada orang yang mengkritik . Sama seperti kes layang-layang yang
terbang kerana angin yang merintangi usahanya naik ke puncak. Layang-layang
tersebut harus berterima kasih kepada angin yang menentangnya. Jika tiada angin
yang menentang mana mungkin ia boleh berjaya menghasilkan tekanan untuk
naik ke atas.
Tip
terima kasih:
1. Ucapkan terima kasih kepada rakan atau majikan yang mengkritik diri anda.
2. Analisa kelemahan diri melalui kritikan mereka dan bina semangat baru.
3.Perbaiki kesilapan lalu dan cuba lakukan penambahbaikan.
4.Berlapang dada dengan semua orang.
5. Jadilah pendengar yang setia.
6. Sudi untuk mendengar kritikan orang.
“Berterima kasihlah kepada angin
yang menentang,
kerana tanpanya layang-layang takkan naik ke udara”
“Berterima kasihlah kepada pengkritik,
kerana tanpanya kita mungkin akan terus
sombong dan tidak
menyedari apakah kekurangan dan kesilapan diri”.
menyedari apakah kekurangan dan kesilapan diri”.
Credit to:
Mutiara Kata & Artikel Minggu ini (25 - 28 September 2012)
“Cyber
Psychology” Portal Internet KeTTHA.
Thanx for reading.. (^_^)
TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!
No comments:
Post a Comment