Kalo kamo Gangsta+Sopan+Comeeii+Cool.. Sila klik sini (^_*)

11 September 2013

SAYA DAH TUNANG! ;P (Part I - Persiapan & Make-up)

ASSALAMUALAIKUM


I love this picture! Thank you so much Encik cameraman yang gilos! 
Flower hand gubahan sendiri. Ngee


Tajuk sangat straight to the point ok! Bhahahaha. For sure kalau teman-teman rapat yang  membacanya dan yang dah tahu, ayat pertama yang keluar dari mulut diorang adalah : "Finally!" . Bhahahaha

Alhamdulilah. Dengan izin yang Maha Esa. Dengan izin ALLAH s.w.t aku selamat menjadi tunangan kepada teman bergaduh bagai nak rak iaitu Encik Ridwan Aliandra Bin Syamsir pada 1 May 2013 yang lalu. Tarikh asal aku pilih sepatutnya pada 27 April 2013 tapi macam tak sempat. Kebetulan 1 May tu cuti hari pekerja, terus aku lock date tu atas persetujuan kedua belah family juga.   :)

Semuanya plan kedua ibu kami. Kalau ikut kitorang memang belum masa lagi nak tunang-tunang ni. Tapi atas berkat & restu kedua ibu di tambah dengan ibu angkat kepada Encik Tunang, akhirnya doa mereka dimakbulkan. Alhamdulilah. Syukran Ya ALLAH :)

Plan majlis bertunang ni dalam masa sebulan jew. Mak aku yang paling kalut. Sebab baju tunang & veil aku semua adalah design mak aku sendiri. Aku pulak tinggal lebih kurang 3 minggu lagi nak tunang baru pergi beli kain dekat Jakel, Jalan TAR. Tunggu sale punya pasal! Nak jimat lah katakan. Bhahaha. Tema warna baju pulak pada awalnya memang dah decide warna kuning + coklat. Tapi bila dah sampai jakel cari-cari kain warna kuning takda yang berkenan. Terus aku tukar tema warna lain. Antara warna favourite jugak. Hehehe.

Persediaan untuk tunang sangat-sangat sederhana. Al-maklum lah semuanya last minit orang cakap. So, mana sempat jewlaa kan. Jemputan pun hanya family rapat kedua-dua belah pihak & kenalan-kenalan rapat yang sempat menghadirkan diri. Minta maaf banyak-banyak mana kenalan rapat yang aku terlepas pandang terlupa nak jemput. Lepas majlis baru dapat detect member-member yang tertinggal. Maaf yer korang. Majlis aku nanti pasti aku jemput. Hehe

Makanan pada hari tu pulak di masak secara rewang-rewangan oleh jiran-jiran, nenek-nenek saudara, makcik saudara & emak aku sendiri. Persiapan hantaran untuk pihak lelaki disediakan oleh aku sendiri. Pelamin pada awalnya memang takda. Tapi last minit buat jugak ala-ala pelamin atas katil berhias. Pon aku buat sendiri. Oleh yang demikian, terlalu banyak lah cacat celanya. 
Engagement planner tak bertauliah gitu laa. Hehe. Ghasaklah. Masa tu fikir nak cepat setel jew. Huhu.

Pejam celik, pejam celik dah tiba dah hari kejadian. Kalut semacam wey. Haha. Masa tu tak rasa nervous lagi. Bersiap macam biasa jew. Macam nak pergi keluar dating. Sebab tak rasa macam majlis tunang aku. Macam tak percaya. So, layan perasaan jewlaa. Kikiki. Make-up pada hari itu oleh Abang Bo, jiran rumah mak aku. Alhamdulilah. Semuanya berjalan lancar. Rasanya cukup setakat ni dulu. Dah lebih 4.30 petang da nih. Masa untuk aku balik. Esok aku sambung lagi kalau sempat yer. Kat bawah ada beberapa keping gambar buat santapan korang :)


Touch-up :)


Masa ni dah siap make-up da. Tapi Encik Cameraman suruh belakon. 
Mak relakan jew nok ;p


Gambar ni paling aku suka. Muka nak seriuss jew! Bhahaha. 
Pandaikan aku berlakon ;p


Inilah dia backdrop kepada katil berhias aku. Aku akui aku dah tak sekretip dulu. Buat benda mcam ni pun terkial-kial. Otak dah beku. Idea lambat sangat nak mai. Kikiki. Aku suka frame LOVE tu. Sebahagian gambar kenangan aku bercinta dengan Encik Tunang. Sentimental value sangat ok! Hehe ;p


Nanti aku sambung Part II ek. Nak cerita pasal barang-barang hantaran aku yang tak seberapa tu pulak. Hehehe :)


Ok! Bye!


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

1 comment:

  1. assalamualaikum kak, moga dipermudahkan majlis nikah nye ye :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...