Kalo kamo Gangsta+Sopan+Comeeii+Cool.. Sila klik sini (^_*)

13 February 2014

SAYA DAH TUNANG! ;P (Part II - Hantaran)

ASSALAMUALAIKUM


Inilah hasilnya bila semua telah di "combine" kan :)
Dekat bawah nanti ada gambar satu persatu yer :)


Selamat pagi kawan-kawan :) Pagi-pagi ni curi masa sikit nak sambung cerita semalam. Ok, untuk yang Part II ni aku nak cerita pasal barang-barang hantaran yang aku bagi dekat Encik Tunang & yang aku dapat daripada beliau. Pada mulanya aku plan nak bagi 5 dulang berbalas 3 dulang. Kononnya nak bagi barang-barang wajib sahaja. Tapi bila kira-kira balik macam barang yang nak bagi terlebih daripada dulang yang dirancang. Jadinya aku tukar nak bagi 7 dulang berbalas 5 dulang setelah mendapat persetujuan daripada bakal mak mertua. Nama pun majlis pertunangan, jadinya aku banyak bagi barang-barang berunsurkan makanan sahaja. Sebab itu lebih mudah dan simple. 

FYI, semua hantaran yang aku bagi dekat Encik Tunang aku buat sendiri je. Kononnya nak jimat banyak tapi kesudahannya bila kira kos barang-barang perhiasan termasuk bakul-bakul semua lebih kurang sama je. Apa yang seronok bila buat sendiri ni ialah kepuasan. Walaupun tak setanding dengan rupa paras yang jual ready made tapi aku tetap rasa seronok. Sebab ini memang dah lama aku idam-idamkan untuk buat hantaran sendiri. Akhirnya telah menjadi kenyataan. Eceh! Suka bebenor! Hihihi ;p

Hokey, tak nak cita panjang lebar. Jom tengok hasil air tangan aku :)


HANTARAN AKU BUAT ENCIK TUNANG


1) Sirih Junjung : WAJIB
Ini hantaran paling last aku buat tengah-tengah pagi buta sebelum majlis.
Out of idea. Ini sahaja yang mampu aku ciptakan :)


2) Campuran pelbagai buah-buahan
Buah-buahan memang menjadi kebiasaan untuk orang jadikan hantaran.
Buah-buah pilihan adalah epal (merah & hijau), anggur, plum,
oren, delima & pear :)


3) Campuran coklat & manisan
Coklat Beryl's menjadi pilihan hati aku. Aku pergi beli direct dekat kilang dia.
Kilang dia kat area Serdang je. Dekat dengan office aku. Coklat dia pun sedap!


4) Kek: WAJIB
Kek ni aku beli online je dekat FB "Cake & Cuppies Heaven"
Aku suka design dia yang simple walaupun tak ikut 100% seperti yang aku nak.
Apa pun aku berpuas hati lihat hasilnya bila kek ni sampai dekat aku.
Kakak ni duduk dekat Seremban, jadi aku mintak tolong bff aku ambilkan.
Sebab malam sebelum majlis bff aku ni tidur rumah menemani aku :)


5) Pulut Kuning
Masa ni tak letak lagi pulut kuningnya. Pulut kuning masak pagi pada hari majlis.
Sebab panas lagi takut berwap bila letak dalam box ni.
Gambar yang combine kat atas tu korang boleh nampak ada pulut kuning :)


6) Sejadah
Aku pilih warna meroon sebab itu warna favourite Encik Tunang.
Sejadah ni aku beli dekat Carefour Wangsa Maju je :)


7) Kain Pelekat
Yang ni aku beli dekat Langkawi masa outstation hari tu.
Sebenarnya nak bagi Encik Tunang sebagai buah tangan tapi sebab tak bagi-bagi
aku terus jadikan ia sebagai salah satu hantaran buat beliau :)


Setel 7 dulang hantaran dari aku buat Encik Tunang. Tema warna hantaran ialah putih, silver, soft pink & soft cream. Barang-barang hantaran pun simple-simple je. Nak yang best-best tunggu masa kahwin nanti ye. Jom tengok hantaran yang aku dapat pulak :)



HANTARAN ENCIK TUNANG BUAT AKU


Aku letak gambar keseluruhan je ek. Ni pun je yang ada.
Gambar satu per satu macam tak smart. Hehe

1) Sirih Junjung / Tepak Sirih

2) Sebentuk Cincin Belah Rotan (Risik) & Sebentuk Cincin Batu (Tunang)

3) Buah-buahan

4) Kek

5) Telekung

6) Sejadah

7) Tuala

Hantaran aku dapat terlebih 2 dulang. Benda ni perkara biasa yang akan berlaku. Hehe, Tapi aku punya bagi dekat Encik Tunang ngam-ngam je. Nampak sangat aku ni nak cut cos kan. Ghasak lah. Setel ni pun dah bersyukur sangat-sangat. Tapikan aku banyak dapat barang daripada makanan kan. Untung sungguh ;p

Ok awak-awak, maaf sangat lambat publish sebab entri ni aku dah draft sehari selepas cerita SAYA DAH TUNANG! ;p (PART 1). Korang kira sendiri laa berapa bulan dah delay. Hahahaha. Teruk sungguh!


Ok! Bye!


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!


HIK! ;)
BABAI!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...