Kalo kamo Gangsta+Sopan+Comeeii+Cool.. Sila klik sini (^_*)

22 November 2012

LEPASKAN IA PERGI :)

ASSALAMUALAIKUM

Terkadang kita terlalu inginkan sesuatu.
Sehingga kita terlupa siapa diri kita.

Terkadang kita takut kehilangan sesuatu.
Sehingga kita terlupa bahawa apa yg kita ada 
di dunia ini hanya bersifat sementara.

Terkadang kita terlalu mementingkan kebahagiaan sendiri.
Sehingga kita terlupa ada insan yg terpaksa kecewa dgn sikap kita.

Terkadang apa yg kita sudah hampir perolehi 
kita bazirkan begitu sahaja.
Sehingga kita terlupa segala masa & pengorbanan 
yg kita lakukan selama ini.

Terkadang apa yg kita lakukan hanya untuk memuaskan hati sendiri,
tanpa kita sedar bahawa hakikatnya ALLAH 
telah menetapkan yg terbaik utk kita :)




Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

16 November 2012

Kau Nampak Apee??

ASSALAMUALAIKUM

Aku nak tanyaa nih, kau nampak ape bila view blog aku?
Aku agak tak seronok nak bukak blog sendiri.
Sebabnyaa "Background" comeeii aku tuh tak appear.
Nampak mcm boringggg sangat blog aku nih.
Tapi bila tanya sorang kawan blogger aku nih,
dia kata "Background" aku ada jew. 
Tak hilang pon. Aduhaii. Musykil betul aku.

Adakah pc office aku nih bermasalah?
Sakit pulak hati kiteeeee!


Eeuww! Tak menarik bukan?
Takda semangat nak berblogging. Huhu :(
Aku nampak ini, kau nampak apee??


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

15 November 2012

A Wonderfull Date 101112 :)

ASSALAMUALAIKUM



Happy Belated Birthday Aliandra Ku!
25th Belated Birthday!
(Untuk entry ini jew yg dah terlewat, actual date mmg aku da wish ok!)
Alhamdulilah membesar dengan begitu sihat ;p
Dan tahun ini jatuh pada tarikh yg sangat-sangat cantikk 101112 :) 

Mendoakan yg terbaik untuk kehidupan anda.
Semoga segalanyaa dipermudahkan hendaknyaa.
Semoga apa yang diimpikan tercapai.
Amin. Amin Ya Rabbal Alamin :)

P/s: Pada tarikh ini juga menunjukkan satu daripada azam
aku tahun ini tidak terlaksana :(
Mungkin masa itu belum tiba lagi untuk aku.
Dan aku akan terus sabar menanti :)


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

02 October 2012

U.L.T.R.A.S.S.S.S.S ! !

ASSALAMUALAIKUM


Sehati..... Sejiwa..... Lalalalala ;p

Sejak dua menjak nih, kalau aku turun tengok bola kat Stadium Paroi confirm aku join bebudak ULTRAS Nogori. Ini adalah kerana salah seorang geng "Craziey Family" aku merupakan ahli ULTRAS NOGORI yang berdaftar. Oleh yang demikian, aku pun terjebaklah sekali tapi belum jadi ahli ULTRAS lagi. Ekekeke.

Untuk pengetahuan kau, aku nih memang minat tengok bola. Dari zaman sekolah rendah lagi. So, janganlah kau pelik perempuan ala-ala gadis melayu terakhir macam aku nih sesat dekat dalam stadium itu. Haha. Sekarang pun memang dah ramai perempuan yang berfikiran terbuka tentang bola. Jadi jantina bukan penghalang untuk kita ke stadium. Cehhh ;p

Kalau cerita bab bola nih kan, aku takda la ariff sangat. Aku suka tengok bola, tapi kalau kau tanya aku siapa pemain bola tuh, siapa pengurus pasukan ke, siapa jurulatih ke tak semua aku boleh jawab. Sebabnya, aku tak amik kisah semua tuh. Aku pergi stadium nak tengok game bukan nak tilik sorang-sorang player dia.  Tapi mana-mana player yang femess aku kenal la jugak. Hehe

Kalau bola, dah tentu aku peminat setia NEGERI SEMBILAN. Kau mesti pelik kan? Aku tinggal dekat Selangor, lahir pulak dekat Melaka. Tapi apa sebab aku sokong Nogori? Hah, inilah yang aku nak cerita. Sebab aku tahu kau tak tahu apa yang aku nak bagi tahu nih. Haha

Percaya atau tidak? Aku merupakan salah seorang atlet Nogori. Walaupun sukan yang aku ceburi ni tak sehebat bola mahupun sukan olahraga atau bola jaring tapi aku berterima kasih sangat-sangat sebab bakat aku yang tak seberapa nih diberi kepercayaan untuk mewakili Nogori. Aku cuma atlet Nogori dalam SUKMA jew. Sukan apakah yang aku wakili? Nanti next entry aku cerita okies :)

So, malam nih Suku Akhir Ke-dua Nogori menentang ATM. InsyALLAH takda apa aku sampai la stadium malam nih setelah mendapat pelepasan dari body guard aku masa dekat stadium nanti. Hehe. Mesti stadium penuh sangat sebab aku pun tak sabar nak tengok Aidil dengan Zakuan menentang team Negeri diorang sendiri. Bagaimanakah?? Tunggu dan lihat saje. 

Yang penting malam nih nak dengar bebudak Ultrass menyanyi nyanyi dengan semangat sekali! Menang atau kalah itu tak penting. Janji ada semangat kesukanan! Ole! ;p


Ini gambar paling latest aku ke stadium dengan kawan baik aku merangkap 
salah seorang ahli "Craziey Family" aku :)


Pesanan buat player: GudLuck!
Pesanan buat Ultrass: Nyanyi semangat-semangat & sedap-sedap!
Pesanan buat penonton di stadium: Jangan main baling-baling botol ok!
Pesanan buat refree: Jangan makan rasuah! ;p


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...