Kalo kamo Gangsta+Sopan+Comeeii+Cool.. Sila klik sini (^_*)

26 September 2011

OMG!! Future Husband Ako Engineer.. Korang Ado??

ASSALAMUALAIKUM

Actually, now ako sedang berkursus kat Hotel Putra..
Seperti biase kalo da namenye Goverment Server kena laa attend Induksi an..
Dan aktiviti wajib yg ade mestilah Public Speaking an.. Ketaq lutut beb.. hehe
Tyme Public Speaking tuh mcm2 ragam owg ako dpt nengok.. Mmg besh!
Memandangkan ako da lame jugak tak upadate blog keshayangan nih..

Ade satu tajok yang ako rasekan menarik nak share ngan kowang sume..
Petikan nih ako amik dari salah sowang presenter malam tuh..
Jom Bace!! ;)


TAJOK:
Mengapa anda kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang JURUTERA berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan?



 Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.


Kehidupan yang lebih terjamin
Seorang JURUTERA bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda. Pada umur 27 tahun, seorang JURUTERA mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.

MANAKALA

- Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma 
   guaman.
- Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan 
   mereka yang pertama.
- Lulusan seni masih mencari pekerjaan.
- Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital.


Kegigihan yang tinggi
Seorang teman lelaki yang bergelar JURUTERA akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda. 
Ini kerana seorang JURUTERA sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka. Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah
satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka. Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha. Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira. Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian). Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.

BERBEZA DENGAN

- Peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda.
- Graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda.
- Graduan seni yang akan mengubah penampilan anda.
- Graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital.

Sangat mudah untuk JURUTERA menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.


Seorang teman lelaki yang bergelar JURUTERA tidak akan mengkhianati kepercayaan anda

BUKTINYA

- Para peguam mungkin akan berbohong kepada anda.
- Seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda.
- Seorang graduan seni adalah seorang penggoda.
- Seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat.

Teman lelaki bergelar JURUTERA terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.

Oleh itu, seorang JURUTERA ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui, cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong dan mereka juga sangat cool berbanding orang lain.



Hehe.. Menarik bukan??
Pada mulanye ako rase sgt2 kelakar..
Tp bilaa pikir2 balik ade betulnya jugak an..
Jadi, "Tepuklah Dada Tanyalah Selera" ;)

P/s: Bernasib baek sbb sedang berkawan dgn DYE yang bekerja dalam bidang engineering jugak! Ekeke.. ;)


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...