Kalo kamo Gangsta+Sopan+Comeeii+Cool.. Sila klik sini (^_*)

27 September 2012

Kenapa saya berblogging?

ASSALAMUALAIKUM

Tajuk kita hari ini ialah, kenapa saya berblogging?
Sebenarnya dari mula lagi nak buat entry nih.
Tapi tak terbuat-buat.
Jadi sementara tunggu masa nak lunch hour,
aku pun meluangkan sedikit masa untuk buat entry ini.
Tak payah entry panjang-panjang.
Seringkas yang boleh janji kau boleh paham sudah. Hehe


APA ITU BLOG??



Bagi akulah yang baru dekat-dekat setahun setengah berblogging nih dan yang tak berapa nak ramai followers. Seratus pun tak sampai ok! Feeling buat entry nih macam ramai pulak yang baca blog kerdil aku nih kan. Hehe. Ok, berbalik kepada persoalan tadi. Ini adalah jawapan aku.

Blog merupakan sejenis laman sosial dimana kau boleh share apa-apa yang kau suka dengan pembaca blog kau. Senang cerita dia macam diari seharian kau lah. Tapi macam aku sendiri bukanlah setiap hari aku buat entry dekat blog aku. Tengoklah bila ada masa terluang or ada apa-apa info yang aku rasa bestt nak share then aku akan buatlah entry pada ketika itu. Dan dimana bila tiba masa malas aku, maka berbulan-bulan lah aku tak update blog aku. Haha ;p


APA YANG ADA DALAM BLOG AKU??

Kebiasaannya kalau ada blog mestilah kena ada "Header Blog". Itu kira kau punya trade mark lah kan. Then mestilah kena ada/pilih "Blog Background" yang cecomel kan. Lepastu kena ada butang "Follower" supaya senang orang nak follow blog kau jika ada yang berminat nak follow. Lepastu dekat column belah kanan adanya ruangan yang comel-comel untuk kau letak jam ke, details pasal diri kau ke, gambar-gambar family ke, chat box untuk orang yang datang melawat blog kau tinggalkan jejak, link blog-blog retiss yang kau follow, traffic blog kau and so on yang kau rasakan perlu nak letak supaya blog kau kelihatan gebabom. Actually, ini diantara benda-benda yang aku letak dalam blog aku. Tapi kalau kau tengok blog aku nih simple-simple jew. Sebabnya aku nih tak pandai sangat. Mana yang aku tahu jew yang aku buat. Selebihnya telan air liur tengok mereka-mereka yang mempunyai blog yang cantik-cantik sambil gigit jari. Ek? Jeless betul aku. Hehe ;p


APA YANAKU TULIS DALAM BLOG AKU??

Hurm, pada awal aku berblogging, aku ingat nak jadikan blog nih sebagai tempat untuk aku meluahkan segala isi hati aku yang tersirat. Dimana cerita-cerita gembira mahupun duka lara yang aku tanggung dalam kehidupan seharian akan aku kongsikan disini. Pada awal kewujudan blog aku nih ada juga aku meluahkan perasaan kat sini. Macam isu-isu percintaan aku. Tapi lama kelamaan bila umur aku dah meningkat dewasa aku rasa tak semua benda aku boleh share dalam blog. Sebab tak semua orang yang membaca blog kita nih akan berfikiran terbuka seperti kita. Sebagai contoh, kalau kau kongsikan saat bahagia kau dengan boyfriend kau berkemungkinan besar kau akan dicop sebagai minah gedikss atau orang yang nak show off boyfriend dimata dunia. Atau mungkin bila kau buat entry pasal kau pergi jalan-jalan satu dunia then kau letak gambar-gambar berkemungkinan besar orang akan cakap kau nih nak tunjuk yang kau banyak duit boleh jalan keliling dunia. Atau mungkin bila kau tulis pasal isu-isu politik dan secara tak sengaja telah menyentuh hal-hal yang begitu sensitif, kang tak pasal-pasal kau kena tahan ISA pulak. Hihi

Macam aku sendiri, aku akan tapis setiap cerita yang aku nak sharekan. Mungkin sebelum nih aku agak show off pasal kegembiraan aku, pasal kesedihan aku. Tapi sekarang aku akan fikir dulu mana yang perlu aku publish dan yang mana tak. Dalam blog aku biasanya sekarang nih aku lebih suka sharekan benda-benda yang common sahaja. Sebagai contoh pasal diri aku ke, pasal tempat-tempat makan yang aku pergi, pasal makanan yang aku suka, pasal aktiviti-aktiviti yang aku buat, pasal study aku, pasal kawan-kawan aku, pasal family aku, ayat-ayat semangat untuk diri sendiri, perihal bisness aku dan apa-apa yang aku rasakan seronok & menarik nak share dengan pembaca blog aku :)


PENDAPAT AKU TENTANG BLOG??

Bagi aku, kau kena pandai menyesuaikan diri dengan blog. Kalau ikut kepala aku lantak kau lah kau nak tulis apa pun sebab blog kau kan. Orang nak kata apa lantak depa la kan? Blog aku, aku punya suka la kan? Haha. Janji kau pandai jaga diri & cara penulisan. Jangan khuatir jika ada stalker-stalker yang tak suka akan blog kau. Itu perkara yang sangat biasa terjadi jika kau memilih untuk menjadi seorang blogger. Hati kena kental, itu paling penting. Macam aku sendiri, walaupun tak ramai follower lagi. Still ada juga stalker-stalker yang tak suka dengan blog aku. Mungkin mereka sakit hati atau terasa hati dengan certain-certain entry aku atau mungkin mereka kurang selasa dengan cara penulisan aku. Aku mintak maaf la ye. Kalau kau sakit hati better kau jangan baca apa yang aku tulis. Kan lebih mudah ye tak? Hehe :)

Aku berblogging sekadar suka-suka. Untuk mengisi masa terluang dekat office. Al-maklumlah, kerja gomen nih banyak sangatt masa terluang. Kena pulak "Facebook" diblock time office hour. Lagi lah kau tak tahu nak buat apakan. Aku suka nak share ayat-ayat bestt yang aku jumpa. Kadang-kadang aku suka juga share gambar-gambar menarik yang aku ada. Orang kata semua itu kenangan. Kalau pasal hal kehidupan tak semua aku kongsikan dekat sini. Kalau ada yang terlepas tuh den tak boleh buat apalah. Kadang-kadang puas juga aku tahan diri. Tapi kalau sekali sekala takpa kowt kan. Nak jugak tuh kan. Haha ;p

Esok-esok kalau aku dah takda dalam dunia nih. Agak-agak kau rindu kat aku, kau jenguklah blog aku ye ;p


Aku nih manusia biasa, kadang-kadang tak perasan blog aku ini telah buat orang terguris, terguris. Mulut ini lancang juga berkata-kata. Perbuatan ini juga agak menjengkelkan kadang kala. 
Jadi maafkan segala kekhilafan aku ye.
 "Sharing is Loving" ;)


"Blogging requires passion & authority. Which leaves out most people"
(Ayat nih aku ciplak kat google)


Thanx for reading.. (^_^) 


TUH JEW NAK SHARE!!
HIK! ;)
BABAI!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...